Wednesday, December 12, 2012

Menulis adalah terapi

Menulis adalah satu terapi. Yes! Kadang-kadang kita meluahkan perasaan dengan menulis. Bezanya, hasilnya untuk kita sendiri yang baca.. orang lain? Terserah pada penulis...

Okeh, itu introduction je.. he~..

Semester satu semakin hampir ke penghujungnya... Semakin banyak pula esaimen dan report yang perlu dihantar.. U_M Style sangat sinonim dengan replacement kelas last-last minit.

Hidup ini penuh dengan cobaan... Terkadang aku merasakan sudah worn out, exhausted, lelah dan bermacam-macam lagi dengan dugaanNya.. Hakikatnya..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" 2:286

Alhamdulillah.. Aku dikurniakan Allah dengan insan-insan terpilih... Mereka sentiasa memberikan ku semangat dan kasih-sayang terutamanya keluarga dan teman-teman istimewa (opps! ada ke?)
Yang lebih utama, semoga Allah sentiasa merahmati kita dengan kasih-sayang Nya..! Ameen..

Saturday, November 24, 2012

Kalkulator

Sejurus lepas grad 2011, kalkulator saintifik yang aku guna selama 6 tahun pun menamatkan riwayatnya.. ROSAK. Sejak hari itu, aku dah tak guna lagi kalkulator saintifik sebab bidang pekerjaan tak memaksa aku untuk guna saintifik kalkulator.

Tahun 2012, selepas bergelar student (semula), aku kena guna kalkulator saintifik. So tadi aku pun pergi ke kedai buku Popular kat Festival City, Setiawangsa..


Dah sampai kedai, aku pun usha-usha la kalkulator yang ada kat dalam rak cermin kaca. Macam-macam jenis ada.. Casio 3xx, 5xx dan jenama lain. Nak ambil sendiri, tak boleh sebab rak tu berkunci. Aku pun panggil la sales person untuk tolong aku. Perbualan aku dengan sales person.

Aku: I nak beli kalkulator, boleh tak u tolong I?
Sales: Okey sure...
Aku: Erm.... yang 5xx tu lagi ok kan dari 3xx? (sambil tunjuk kat rak cermin)
Sales: Yupp! 5xx ni lagi bagus.. Untuk Secondary School (upper form).
Aku: Oo... Tapi ada yang lagi bagus kan? 991 ada? (aku tanya 991 sbb tak ada kat dalam rak kaca tu).
Sales: Ada. Kat kaunter. Tapi untuk secondary school tak boleh pakai.
Aku: O... tapi I nak tengok yang 991.
Sales: 991 tu tak boleh bawa ke school la.
Aku: ??? (monolog dalaman).. Tapi.. I bukan secondary, I tengah buat master.
Sales: Ooooo! Kalau buat master memang pakai 991. Ok.. U datang kaunter.

Dah sampai kaunter,

Sales: Ini 991.. tapi yang ini lagi bagus (dia tunjuk lagi satu kalkulator yang lagi mahal).  Ini yang lagi latest. Memang recommend untuk master.
Aku: Oo... ye ke? Ermm.. takpe lah, I ambil yang 991 ni je.. Nanti I beli yang lagi satu tu time I buat Phd.. (hahaha.. tergelak dalam hati).

Huhu... dah buat master pun orang ingat aku secondary schooler.... Aigooo!!!
Welcome to my life my new baby! 991

Sunday, November 18, 2012

Will be missing you

To whom it may concern....

 
 
This song is dedicated for you..

p/s: May Allah guides us always and forever.. Ameen

Tuesday, November 13, 2012

Accumulated

Sejak 1st day masuk kelas, dah dapat 3 esaimen dari seorang lecturer.. Skarang dah minggu ke-9.. (cube kira 3 x 9 = ???). Dengan kaedah penangguhan esaimen hinggalah ke 'due date', akhirnya berjayalah mengumpul sebanyak-banyak esaimen untuk disiapkan dalam masa 3 minggu..

Belum termasuk group esaimen yang harus dihantar bersama... Walaupun sudah di asak/ paksa/ msg berkali-kali untuk menghantar my part of esaimen, tapi still tak berkesan.. Kemalasan tahap dewa naga mungkin.

Bulan November adalah nightmare!

Monday, October 15, 2012

Suka kacau...

Kalau tengok budak-budak, mesti gerammm! Bukan geram sebab marah @ budak tu nakal, tapi geram tgk budak2 yang innocent ni.. Hehe... Rase cam nak culik sorang letak kat rumah. Sewa rumah sorang-sorang memang sunyi dan sepi.. Especially bila dah terbiasa dengan rumah yang ramai orang..
Bila tengok anak orang, teringat pulak pada adik sendiri.. Terus jadi homesick (ermm... umur2 camni boleh lagik ke nak homesick??) Bila jumpe budak-budak yang jalan2 kat kawasan rumah, ade je tangan ni yang menggatal nak kacau.. sorry ye adik2 yg terkena.. hehe.. gurau2 manja..

Mungkin kah ini adalah simptom2 nak kawen?? tettttt!!

Sunday, October 14, 2012

Rezeki dari Allah...

Alhamdulillah..  Rezeki datang daripada Allah..

Yang penting, kita kene sentiasa bersyukur dan jangan sesekali berasa bangga dengan apa yang kita dapat..(pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan)...

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (surah ibrahim, ayat 7)


Friday, October 12, 2012

New update MASTER

Sekian lame tak menulis blog, tibe-tibe hari ini mendapat hidayah untuk menulis.. So, penulisan kali ini tentang level of study, MASTER..

Well, semua org ade keinginan nak sambung master kan? But tak semua dapat peluang tu. Mungkin sebab faktor-faktor personal atau persekitaran. Ape yg nak share kat sini, pilihan pengajian untuk master, pemilihan universiti...

Apabila kita nak sambung master, of course la kita expect yg terbaik utk diri kita.. In term of universiti terkemuka, lecturers, methodology of study yang berkesan dan yg paling paling paling penting ialah sistem pengurusan universiti yg bagus. Of kos la tak dilupakan, subject study yg berkaitan..

Ermm... berdasarkan pengalaman sendiri, kadang-kadang berasa tertipu dgn sebuah IPTA tempatan. Bila baca profile dan background course yg ditawarkan, macam menarik.. Plus di momokkan dengan cerita2 yg bagus oleh se-sestgh pihak dan melihat kepada pengalaman universiti yg dah lama menawarkan course tersebut. Org kata, bile universiti dah lama ni, bagus sket sbb banyak pengalaman.. (itu org kata ok). Tambahan, utk diri sendiri, aku mmg ade high expectation la pada IPTA yg dah established ni.. ye la.. dulu degree, now master level.. in term of study mmg la expect nak belajar in details kan..

Unfortunately.. ternyata.. INDAH KHABAR DARI RUPAA!!!... kenapa?

1.Tibe-tibe batch aku menjadi guinea-pig sbab IPTA ni mengambil student dari different2 background and yang paling mengejutkan ade yg tak de kaitannn langsunggg dgn kos yg ditawarkan!!!.. So, lecturers terpaksa la mengajar semula seperti undergrad sbb if ajar advance, takut 'guinea pig-guinea pig' ni tak dapat ikut.. sapa mangsanya??? Sah2  la student2 yg tak berdosa kan!... Part yang paling best, ade satu kelas tu lecturer siap ckp, "I nak tengok u all boleh bawa ke tak course ni, kalau boleh, next time I ambil lagi"... Kalau la aku kat tmpat budak2 ni, konfem aku chowww dahhh! Nak experiment pon agak2 la kan.. ini melibatkan masa depann kottt!

2. Sistem pengurusan yang sangat kelam kabut! Why? can u all imagine, dah masuk week ke 6 study, kelas yang paling penting baru ada sekali.. the rest, they keep on canceling the class.. Dah la tu, penah terjadi, bila kita dah smpai kelas, tibe2 kelas cancelll.. sebab?? Lecturer ade lab dgn budak undergrad. What the heckkk!!!! IPTA ni buat jadual macam mane ea?? main tangkap muat je ke? Kompiusss!!

3. Ade satu kelas yang penting (tak perlu lah mention topik ape).. Boleh pulak digabung-jalinkan dengan budak2 undergrad... aduhhhh!! Bukanlah nak membezakan undergrad dan master, tp lau dah master, takkan la level pengajarannya sama kan? mestilah go in deep... Unlike undergrad, blaja surface dah cukup dah...

Well.. cukup la kot cerita ttg master utk kali ni... Pengajarannya.. kalau nak buat master, tak payah lah buat coursework kat IPTA tempatan (untuk sesetengah kos la).. pergilah merantau.. Ok Sekian.. ADIOS!

Thursday, September 20, 2012

Indahnya...

Indahnya persahabatan kalau bertemu dan berpisah kerana Allah... :)

Sunday, August 26, 2012

Ingin Lari

Andai bisa ku lari dari dimensi ini,
pasti sudah aku pergi.....

Ingin ke dunia yang penuh dengan kasih dan sayang..
Dimensi ini sarat dengan kebencian, penipuan dan segala yang hitam...

Masih adakah harapan untuk si kerdil ini?

Aku ingin LARI!

Thursday, August 16, 2012

Terlupa sayang

Kadang-kadang kita sering menyayangi seseorang atau orang-orang yang tidak menyanyangi kita seperti mana kita menyauangi mereka sehingga kita terlupa untuk menyayangi mereka yang benar-benar ikhlas menyayangi kita...

Oleh itu, hargailah orang yang menyayangi kita!

Jangan jadi BUTA!

Saturday, August 11, 2012

Rosak

Rosak Jiwa, Rosak akal...

Saturday, June 23, 2012

Keinginan vs tanggungjawab....

Banyak drama melayu memaparkan cerita tentang pengorbanan seorang anak dalam menyara keluarganya... Si ayah berusaha untuk memberikan yang terbaik namun ternyata, bebanan yang dipikul lebih daripada kemampuannya.. Si abang pula bekorban untuk tidak bersekolah semata-mata untuk mencari sesuap nasi bagi memastikan adik-adiknya mendapat makananan dan pendidikan yang cukup dan mengurangkan bebanan ayah. Cerita-cerita sebegini memang menyedihkan tetapi itulah hakikat realiti duniawi.. Apabila duit mengawal segalanya... Bak kata orang, 'no money, no talk'...

Harta yang paling beharga adalah kasih-sayang keluarga... It is priceless... Keutamaan untuk membantu keluarga lebih daripada hasrat atau keinginan diri sendiri... Memang sukar untuk membuat keputusan di saat-saat akhir lebih-lebih lagi apabila semuanya telah dirancang 2 tahun yang lepas... Untuk membuat u-turn 360 darjah bukanlah sesuatu yang mudah..

Segalanya demi cinta pada agama dan keluarga...

'Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan...'

Kepada kawan-kawan yang mengambil berat, terima kasih sangat-sangat atas doa kalian... semoga semua diberkati dan dipermudahkan segala urusan.. Ameen

Sunday, June 17, 2012

Reshuffle

Reshufflingggg!

Friday, June 15, 2012

Bengong!

Sejak 2 menjak ni... Fikiran menjadi bengonngggg... hati resah gelisah... gundah gulana.. buat apa pun rasa tak jadi dan tak kena... Aduhaii hati....

Wednesday, June 6, 2012

Sedih dalam tawa

Bila kita ketawa dan gembira,
pasti orang ingat kita tiada masalah dan happy..
Namun itu bukan aku...

Ya!
Memang benar aku suka mengusik
Dan kadang aku ketawa..
tapi..
itu hanyalah untuk mengubat hati yang lara
Dalam kesedihan...
Aku melihat 'mereka-mereka' yang aku kasihi..

Tolong..
Tolong..
Tolong..
Jangan hentikan tawa ku...
Jangan hentikan gurauan ku...

Izinkan aku untuk terus bergurau...
Izinkan aku untuk terus ketawa...
Agar bisa aku jalani..
sebagai..
Seorang abang yang mengasihani dan menyayangi..


Pada Nya...
Aku memohon agar tabahkan hati ku...
Berikan ku kekuatan...
Berikan ku kefahaman...
Berikan ku ketabahan...
Untuk membantu 'mereka' semua..

Hanya mereka yang faham akan mengerti...

Sedih dalam tawa..

Friday, May 25, 2012

Away

I will be away for a while... Sayonara Malaysia!

Tuesday, May 22, 2012

Her

Just for her (if you read).



Wednesday, May 16, 2012

Scientific review: Perempuan bertudung

Assalamualaikum!

Ingin berkongsi dengan kalian semua tentang kenapa perempuan perlu bertudung. Artikel ini saya terjumpa ketika browsing di facebook dan bukan milik saya. Terima kasih kepada penulis artikel dan mohon untuk dikongsikan pada semua lapisan masyarakat.

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC.

Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yanG dikaji) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS .. Apa it...u MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang tel...inga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belaka...ng telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja

Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..

ALHAMDULILLAH, ALLAH MEMANG TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA!

Tuesday, May 8, 2012

Bye Danone!


Last week working with Danone Dumex.. Bye!!!!


Thursday, May 3, 2012

Life

Hidup hanya sementara, akhirat kekal selamanya...

Monday, March 26, 2012

"Bang..." Part Final

Kertas yang bernama dan nombor tersebut aku ambil gambar untuk bahan blogging.. Sesudah itu, dengan segala hormat dan takzim, aku campakkan ke dalam tong sampah...

Tamat



p/s: Maaf kerana sudah lama tidak mengemas kini blog

Tuesday, March 13, 2012

"Bang..." Part 2

Ok.. sambungan kisah lepas..

Quote dari entry lepas,
Ini kisah lucu tapi benar. Terjadi pada aku tadi petang. Aku pergi ke Jusco Taman Universiti. Usai aku menyahut 'natural call' di gents Jusco.. Ada seorang budak lelaki (umur mungkin 9-10 tahun) menegur aku.. 'Bang, ni ada orang bagi.." ujar budak itu dalam keadaan terburu-buru. Diberikan kepada aku sekeping gumpalan kertas nota kecil. 'Hah?? Sapa yang bagi??' jawabku kebingungan sambil mengambil nota itu. 'Entah bang...' budak itu terus lari keluar dari gents meninggalkan aku tertanya-tanya... Aku pun terima je lah... dan perlahan-lahan aku buka gumpalan kertas itu... Erkkk!!! Apa di dalam nya? Hehe.... Nanti aku sambung story.. :D

Sambungan nya...

Kertas itu bukan lah bersaiz A4 ataupun A5.. tetapi seperti di bawah..



Hurmm....

Sebelum aku membuat keputusan untuk membuka lipatan kertas ini, sku tertanya-tanya, siapalah yang bagi kertas ini agaknya.. Time-time ni teringat pula proverb..

"Curiosity kills the cat"..

Ok then...

Bila aku buka kertas tu, memang aku dah agak dah..

(Gambar sengaja dikaburkan)

Ada Nama dan No.Hp... Hurm... Apa aku nak buat lepas ni?? Nanti kan sambungan nya... :D

Saturday, March 10, 2012

Relevant kah?

Relevant kah jika seorang dewasa keluarkan ayat ini,

"Nak belajar pandai-pandai.. nanti dah besar nak jadi doktor"..

Friday, March 2, 2012

"Bang..."

Ini kisah lucu tapi benar. Terjadi pada aku tadi petang. Aku pergi ke Jusco Taman Universiti.

Usai aku menyahut 'natural call' di gents Jusco.. Ada seorang budak lelaki (umur mungkin 9-10 tahun) menegur aku..

'Bang, ni ada orang bagi.." ujar budak itu dalam keadaan terburu-buru.

Diberikan kepada aku sekeping gumpalan kertas nota kecil.

'Hah?? Sapa yang bagi??' jawabku kebingungan sambil mengambil nota itu.

'Entah bang...' budak itu terus lari keluar dari gents meninggalkan aku tertanya-tanya...

Aku pun terima je lah... dan perlahan-lahan aku buka gumpalan kertas itu...

Erkkk!!!

Apa di dalam nya? Hehe.... Nanti aku sambung story.. :D

Sudah Jumaat!!

Yeah! Sudah Jumaat hari ini... Next week berada di KL seminggu... Cepat betul masa berlalu.. Pejam celik sudah bulan March 2012...

Thursday, March 1, 2012

Usah kedekkk

Moral hari ini.. Usah kedekut dengan keluarga.. Berbelanjalah walaupun hampir setengah ribu untuk keluarga..

Tuesday, February 28, 2012

Serious

It has been a month and half working at the new company but am not really serious to work... huh!! Plan to work harder and smarter by tomorrow onwards..

p/s: When you know there are other companies can pay you better, you will start thinking of finding a new job. But is it acceptable??..

Sunday, February 26, 2012

Sukar

Kadang-kadang kita menghadapi saat-saat yang sukar dalam kehidupan.. Menanti sebuah jawapan...............................................

Saturday, February 25, 2012

Duit

Duit. Tak pernah cukup!

Terlupa kata laluan

Seminggu tak dapat update blog kerana terlupa kata laluan... Nasib baik ada password recovery... huu~~

p/s: Banyak kerja sampai terlupa password...

Saturday, February 18, 2012

Hujung minggu yang penat

Sabtu - tidur sepanjang hari
Ahad - kerja kerja kerja

p/s: Masih mencari

Wednesday, February 15, 2012

Selesai meeting

Selesai sudah meeting di Grand Dorsett Hotel selama 3 hari 2 malam... Pengalaman baru apabila dapat menikmati pelbagai jenis masakan seperti Jepun, Korea, Western dan Chinese style.. Cara hidangan dan tatatertib juga berbeza.. Benar kata orang, "kalau dah lidah melayu tu... tak boleh nak buat ape".... Mesti cari yang pedas. Uncooked food? Sorry, not my taste..

Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman.. Bunyi macam tak kena. Tapi tak kisah la.. Hidup mesti move on!!!

Sunday, February 12, 2012

Motivation

Where there's will, there's a way....

Saturday, February 11, 2012

Melaka

3 hari di Melaka. Minggu depan, 3 hari di KL. Glasgow in dream........................

Tuesday, February 7, 2012

New 2012

Sibuk sungguh Januari 2012... Tak berkesempatan untuk meng 'update' blog. Febuari pun jadual sudah padat dengan meeting dan training..

Sunday, January 1, 2012

2012

Welcome 2012!!!!