Saturday, July 6, 2013

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Perkembangan di Egypt Mesir mendapat perhatian ramai pihak yang cakna dengan isu-isu semasa. Meskipun aku sibuk dengan tugasan research (semakin lama semakin memeningkan dan meletihkan), isu dunia masih tetap update.

Pada pendapat aku, kejatuhan Presiden Morsi merupakan satu tamparan hebat terhadap kebangkitan umat Islam khususnya golongan sunni. Aku sangat kagum dengan negara-negara Islam yang lain kerana berjaya menjadi 'pemerhati tetap'.  Malangnya, tiada satu negara pun yang mempertahankan kedudukan Morsi sebagai presiden yang telah dilantik secara sah melalui sistem demokrasi. Sebaliknya, perlantikan sah beliau telah 'diputar belitkan' oleh sesetengah media. Taktik kotor zionis yang meracuni sebahagian/ sebilangan negara Islam untuk menyokong kejatuhan Morsi adalah sangat licik dan perlu dikecam. Malaysia sendiri membisu malah menyokong kepimpinan tentera setelah penggulingan Morsi. Apakah ini petanda bahawa Malaysia juga telah menjadi kerbau dicucuk hidung oleh Zionis dan Amerika? Dimanakah pendirian Malaysia yang dahulunya memperjuangkan kebebasan Palestin dan negara Islam?


Dalam negara sendiri, rakyat Malaysia yang masih lagi dibayangi dengan keputusan PRU 13 sibuk menikam dan berbalah sesama sendiri tatkala ada masalah lain yang lebih aula'. Sudah cukup sudah.. Kedudukan pembangkang yang hampir menyamai kerajaan di parlimen sudah cukup untuk mengajar kerajaan bahawa masih banyak lagi yang mereka perlu perbaiki dan lakukan demi kesejahteraan negara dan dunia. Politik duit, rasuah, double-standard. birokrasi dan ketirisan yang berlaku dalam kerajaan teramat perlu diatasi dengan segera!. Hasilnya, terbinalah negara yang penuh dengan sindrom 'yang kaya semakin kaya, yang miskin jatuh papa kedana'. Yang menyedihkan, kebanyakkannya adalah orang Islam sendiri!

Beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan menjelang.. Mudah-mudahan kita semua telah bersedia utk menghargai bulan yang penuh kemuliaan dan pengampunan ini.. Sibukkan diri dengan ibadah.. InshaAllah..

Sekian dulu, Wassalam


Mohd Ramadan bin Ab. Hamid