Showing posts with label Concern. Show all posts
Showing posts with label Concern. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Bila staff tak muncul-muncul

Bila seorang atau dua orang atau orang-orang staff tak masuk kerja, staff yang lain sibuk tanya..

'Eh.. XYZ tak datang ke?'

Yang pelik bin ajaib, soalan ditujukan pada rakan staff yang tak ada kaitan/ tak ada hubungan istimewa/ tak tinggal serumah/ tak tahu apa-apa.

Gambar hiasan [Google]

Haizz.. sikap manusia yang pelik tapi sering berlaku ( banyak kali ).

Kenapa tidak terus sahaja call atau sms staff yg tak datang tu?

p/s: Get the right person to get the right answer

Thursday, October 6, 2011

Review story: Whats your number?

Selasa 9.00 malam MidValley GSC

Aku berkesempatan untuk menonton (secara percuma) cerita 'Whats your number' dengan En.Haz.


Tema cerita ini adalah SEKS. Ianya mengisahkan seorang perempuan (Anna Faris) yang aktif dalam hubungan seks dengan pasangan lelaki yang berbeza.

Seks digambarkan sebagai perkara normal bagi seorang wanita. Bertukar-tukar pasangan seks (sebelum berkahwin) juga tidak menjadi masalah malah sesuatu yang membanggakan. Perbualan harian sering kali berkisarkan tentang seks.


Aku sangat risau sekiranya remaja atau masyarakat kita (yang tidak matang) akan terpengaruh dengan budaya seks yang dipaparkan dalam cerita ini.

Barat oh Barat!



Sunday, October 2, 2011

Kerana RM5

Oleh kerana kos sara hidup meningkat, manusia lebih memilih untuk membeli pada harga murah lebih-lebih lagi apabila adanya promosi. Kualiti tidak lagi menjadi keutamaan. Penjimatan kos.

Namun, malang sekali apabila aku melihat perbuatan manusia yang seperti sudah hilang pertimbangan dek kerana duit dan promosi. Beberapa hari lepas, aku sempat menyaksikan telatah manusia yang tidak ubah seperti 'lalat menghurung tahi' [analogi spontan En.E]. Lalat itu aku merujuk pada manusia yang tidak bersifat manusia. Kerana promosi setiap barang bernilai RM 5, nilai-nilai murni terus lenyap dan hilang.

Ramai manusia kini sudah buta dengan dunia. Malah, ada yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Lebih malang apabila ada yang terlupa bahawa dunia ini adalah tumpangan sementara.

Huhuuuu~.. Manusia oh manusia.

Thursday, September 29, 2011

Lelaki dan Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

p/s: Buat peringatan untuk kita semua

Credit to: Amirul Mujahidin

Tuesday, September 27, 2011

Melayu: Jangan malu

Cerita tentang Melayu, ada saja yang negatif. Perkara positif jarang sekali kita dengar. Apakah Melayu kini sudah layu?

Manusia tidak pernah sempurna. Begitu juga Melayu. Tetapi, haruslah berusaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Aku bukanlah seorang pengkritik yang lantang bersuara di khalayak ramai. Tetapi, cukuplah sekadar aku sedar dan berusaha untuk membantu bangsa sendiri.

Satu penyakit Melayu yang aku sedar ialah MALU. Memang Melayu sangat terkenal dengan sifat malu. Malu dengan Allah untuk membuat maksiat memang dituntut! Aku setuju!. Tapi, amat rugi apabila Melayu selalu terkebalakang oleh kerana sifat malunya.
Aku maksudkan Malu untuk bertanya.

Lihat sahaja situasi di dalam kelas, pabila ditanya seorang guru kepada murid-muridnya,
"Ada apa-apa soalan?" Pasti keadaan kelas akan sunyi seketika. Itu keadaan di Malaysia. Berbanding di negara Barat (bukan maksudku untuk berbangga dengan negara penjajah ini, tapi sekadar mengambil nilai-nilai positif dari mereka), murid-murid sangat aktif dan bebas menyuarakan soalan mahupun pandangan tentang sesuatu perkara.

Aku merasakan keluarga adalah punca utama perkara ini berlaku. Dari aspek psikologi, umur kanak-kanak (sehingga umur 12 tahun) adalah tempoh umur yang kritikal untuk pembentukan karakter diri seseorang. Dalam tempoh ini semangat ingin tahu mereka sangat menebal dan akan bertanya apa jua tindakan orang dewasa terutamanya ibu dan bapa mereka. Namun, malang sekali kepada anak-anak apabila ibu bapa acap mengabaikan malah ada juga yang memarahi anak-anak kerana pertanyaan.

"Haisshhh!! Jangan sibuk nak tahu, ini hal orang-orang tua"

"Banyak sangat tanya la kau ni, ikut je lah apa yang orang tua cakap"

"Kau jangan tanya kenapa, kami tahu apa yang terbaik utk kau"

"Dah diam! Pergi baca buku"

Lama-kelamaan, tertutup semangat anak-anak yang mulanya berani ingin bertanya. Akhirnya, Lahirlah ribuan MELAYU PAK TURUT...

Melayu oh Melayu.

Penulis juga seorang Melayu. Ingin melihat perubahan pada bangsa sendiri. Sekian

Thursday, September 22, 2011

Cerita Halal

Apabila berbicara tentang Halal, kebanyakkan orang akan memikirkan tentang khinzir (lebih popular sebagai babi) dan sembelihan. Itu sahaja.

Aku berpeluang berbincang tentang isu ini dengan seorang pekerja Halal Executive Program, En.Epah, sewaktu nyamuk liar sedang sibuk mencari mangsanya. Bayu malam turut menyelubungi tubuh tatkala jam menunujukkan 1.30 pagi.

Tiba-tiba, sedang aku cuba menahan mata dari terpejam, En.Epah mengajukan soalan cepumas kepada aku:

En.Epah: Ok.. Aku bagi kau satu situasi.

Aku: Apa dia?

En.Epah: Ada dua kedai. Satu kedai Ah Seng dan satu kedai Pak Mat. Kedai Ah Seng ada logo Halal manakala kedai Pak Mat tak ada. Mana satu kau akan pergi??

Aku: Err.... Speechless

Selepas itu, kami teruskan perbualan tentang Halal sehinggalah masing-masing mati seketika .

Pada aku, tuntutan mencari makanan yang Halal itu WAJIB. Menyebarkan ilmu dan kefahaman tentang Halal itu PERLU. Adalah menjadi tanggungjawab orang-orang yang berilmu untuk menyebarkan dan membetulkan fahaman songsang segelintir masyarakat lama atau moden tentang Halal.

Allah berfirman:

"Wahai sekalian manusia!, makanlah daripada apa yang ada dibumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang dan nyata bagi kamu"
(Surah Al-Baqarah: 168)

Ada yang ingin berbisnes memberikan konsultasi tentang Halal. Peringatan aku kepada golongan ini, janganlah kerana terlalu inginkan duit, kita terlupa akan tanggungjawab sesama Muslim.

Monday, April 4, 2011

Mesej yang berbeza

Beberapa minggu lepas, aku sempat menonton intro satu rancangan bual bicara tentang 'khasiat daging kambing'.. Sempat la tonton kata-kata aluan host tentang topik tu.. Ada beberapa 'wording' yang aku rasa akan mengelirukan penonton.. Cuba bezakan ayat di bawah ini:

'Daging kambing mempunyai kandungan kolesterol yang rendah'

'Daging kambing dapat mengurangkan kolesterol'

Ada beza tak?

Ok.. So, berhati-hati ketika berbicara.

Sunday, April 3, 2011

My Apology...

Dedicated to all my classmates...


Assalamualaikum wbt.

I just heard most of you did not feel 'OK' with my way on 'sharing' my knowledge during the last presentation session. So, I am sorry for that. I did not mean to condemn you guys or show off myself. It was just a sharing.

To my lecturer, my apology too if I had done something 'unpleasant' during the session..

I will just be quiet after this.

Friday, April 1, 2011

Belajar respect!


Entri kali ini memang emosi sikit..! Dedicated untuk my 'lovely' juniors.

Actually, dah lama nak mengomen tentang benda ni.. its about RESPECT. FYI, kat IIUM ni sistem nyer dah cantik.. yang lelaki dipanggil 'brother' dan yang perempuan di panggil 'sister'.. in Malay, 'abang' or 'kakak'.

Ini cerita dalam 'fakulti'.

So, usually yang lelaki akan panggil 'akak' utk senior2 perempuan (tak kisah la senior berapa tahun pun). Yang perempuan pula, JARANG nak panggil 'abang' or 'brother' untuk senior2 lelaki (tak kisah la senior2 berapa tahun pun). Ada senior yang ok (can tolerate), but ada yang feel very annoying (aku la tu!). Bukannya apa.. please la show you all punya RESPECT sikit.. Orang berbudi, kita berbahasa kan.. Kalo segan nak panggil 'abang', panggil la brother.. instead of sebut nama jer.. Hengat kita ni omputeh keerr?? huh!!

Baru jap tadi berselisih dengan junior2 yang terchenta, memang tak menunjukkan RESPECT langsung!.. Main panggil2 nama jer.. Tahu lah kamu tu dah year X,Y,Z.. tapi spare la some RESPECT to your seniors.. Susah sangat ke nak RESPECT org?? kalau sound depan2 nanti merajuk la pulak.. cakap itulah, inilah.. macam-macam..

Benda ni is basic common sense as orang Melayu.. Budaya hormat-menghormati... Not in the fakulti je, but you will apply the same thing when you go for work...

Ok lah.. itu sahaja. Tq sebab baca yer.

p/s: What you give, you get back. Faham-faham jer lah.


Tuesday, March 1, 2011

Obesicm (part 2)



To see obese/overweight dietitians around is really annoying..! FYI, I used to see these dietitians in my working place.. Dietitians supposedly not to get obese/ overweight since they have learned on the weight reduction management.. It seems that they did not walk the knowledge.. Grrr...! (geram!)

Obesicm = A word to decribe anti-obese people

p/s: Ada ke orang yang lahir terus jadi gemuk bila dah besar??

Friday, January 21, 2011

Obesicim

'Obisicm' perkataan baru (direka oleh penulis blog ini) yg menggambarkan anti-golongan obese..

Sejak-2menjak ni, banyak pula muncul golongan-golongan obese di kolej kediaman aku.. Setiap kali pergi dinner di cafe, golongan ni sentiasa ada... huhuu.. Berdasarkan statistik obesity di Malaysia, boleh dikatakan 1 daripada 4 rakyat Malaysia adalah OBESE!.. amat membimbangkan...

Untuk mendalami cara makan org obese, aku membuat observation terhadap food intake mereka ni...

Case 1
Ketika mengambil lauk (curry ayam), ada seorang mamat obese ni hanya mengambil lemak ayam sahaja.. pastu untuk kuah, dia just ambil lapisan minyak yang terdapat di bahagian surface kuah..

Case 2
Ada 2 orang obese yang makan bersama-sama.. Masing-masing makan ayam goreng... Part yang paling best, seorang rakan tu menghabiskan kulit ayam yang tidak dimakan oleh kawannya.. Selesai makan, dalam perjalanan pulang, mereka singgah pula di kedai burger untuk membeli burger buat santapan di larut malam.. Hisshh!!!

Dalam kedua-dua pemerhatian tu, orang obese ni memang BANYAK MAKAN dan kebanyakannya daripada LEMAK!..

p/s: Sangat marah melihat golongan obese yang tak ada kesedaran untuk menurunkan berat badan!

Wednesday, January 19, 2011

Oh Halim: Manners


Date: 17 Jan 2011
Time: 11.30 am
Location: Library

Episod 3...

Utk pengetahuan semua, staff yg melakukan latihan praktikal selalunya akan meng'update' or 'charting case' status klien mereka di library kerana di office ini menggunakan system online (sistem berkomputer) .. Tidak seperti di office yang pernah Raduan praktikel sebelum ini yang hanya menggunakan kertas dan fail (sistem tradisional).. haha.. Di library, hanya ada 2 komputer sahaja yang boleh digunakan untuk mengcharting..

Kisah bermula..

Ketika Raduan dan Chang sibuk men 'charting' cases mereka di library (it means computers are fully occupied), tiba-tiba Halim datang ke tempat Chang..

Halim: Eh, nak charting....
Chang: you boleh cakap baik-baik sikit tak?? You datang-datang cakap macam itu, macam you mahu halau saya tau.... Saya guna tempat ini dulu.. (dialek chinese)
Raduan: (Senyum-senyum)
Halim: Terdiam..
Chang: Ok lah.. (sambil mengemas barang dan terus balik ke ofis)
Halim: Diam.. (setelah Chang pergi, Halim pun mengambil alih tempat Chang...)

Raduan yang duduk bersebalahan dengan Chang hanya diam dan memerhatikan gelagat Halim..

Moral of the story:
1. Gunakan lah bahasa yang lebih baik kalau ingin berkomunikasi..
2. Soft skill untuk bersosial tak blajar dalam kelas teori ok.. It is common sense!
3. Gunakan lah ayat 'Minta maaf' kalau bersalah..
4. Jangan sibuk dengan dunia sendiri jer!




Sunday, January 9, 2011

Oh Halim: Belajarlah!

Salam sejahtera semua....

Merujuk pada entri sebelum ini yang bertajuk oh kawan, aku rasa nak membuat entri sambungan kisah Halim.. (setelah berbincang dgn E) if possible, nak menovelkan cerita ni.. haha... Tapi yang penting, message yang nak disampaikan daripada kisah ini yer..


Part 2- Oh Halim: Belajarlah lagi!

Setelah 3 minggu Halim, Raduan dan Hazim berpraktikel di tempat kerja, mereka bertiga mendapat beberapa teman baru yang juga turut membuat latihan praktikel di situ. Aku namakan mereka, Bun, Shin, Chang (buat masa ni, 3 org dulu yerr). Keadaan ofis bertambah sesak. Tapi suasana semakin meriah... Malah, wujud persaingan sihat diantara pekerja pelatih.. Masing-masing mempunyai gaya dan karakter tersendiri... Ada yang kelakar, poyo , serius dan macam-macam lagi.. senang cerita, 'Macam-macam ada'..

Pada suatu hari, tinggal beberapa orang sahaja pekerja pelatih di ofis, Raduan, Halim, Chang dan Shin... Halim sibuk menyiapkan tugasan menulis report di komputer.. Manakala Raduan, Chang dan Shin berbincang tentang kisah klien mereka... Ada satu klien Chang yang menarik perhatian Raduan.. Klien ni menghidap kanser ... Chang menerangkan tentang rawatan pemakanan terhadap pesakit ni..

Raduan: Chang, u dapat klien apa tadi?
Chang: Oh.. td I dapat klien kanser lo... (baca dialek cina yerr)
Raduan: Oh... so mcm mana keadaan klien u?
Chang: urm... LOA, jd I bagi dia peptamen..
Raduan: urmm.. kenapa u tak bagi Prosure ea?
Chang: sebab dia ada kanser pankreas...
Raduan: Ohhhh.. patutla... kesian kan klien u tu..

Tiba-tiba Halim dari jauh menyampuk perbualan mereka:

Halim: Kenapa ea bagi peptamen?
Raduan: Sbab dia kan ada kanser pankreas...
Halim: kenapa kalau ada kanser pankreas bagi Peptamen?
Raduan: huuu... (bermonolong dalaman... Halim, ni benda basic, takkan kamu tak tahu!)

So, Raduan pun menerangkan semula tentang pankreas pada Halim.. Nasib baik perbualan itu di kalangan pekerja pelatih sahaja, kalau di depan bos macam mana? apakah impression bos pada Halim?? huuuu.. Banyak lagi soalan-soalan (yg tak sepatutunya) daripada Halim.. Cuma cerita ini diringkaskan untuk kefahaman pembaca..

Moral of the story:

1. Bila dah masuk praktikel, benda-benda basic macam pathophysio should not be a problem or alasan yang slalu student bagi 'Tak hingat!'.. Sampai bila nak di 'spoon feeding'.. Dah nak grad pun... (kalau sikit-sikit tak pe la..)

2. Be creative la sikit.. Pikir logic.. bleh je kaitkan keadaan pesakit dengan physiology yang dah belajar time first year dulu.... Baru la nmpak cam ada knowledge sikit (wlaupun tak tahu in detail)... ok

Oh Halim: Belajarlah lagi!!

..................... Nantikan sambungan episod seterusnya..

Thursday, December 16, 2010

Oh kawan!

A story of 3 org students: Halim, Raduan, Hazim

Halim, Raduan dan Hazim merupakan 3 orang student yang baru praktikel kat sebuah syarikat. Masing-masing mempunyai karakter yang berbeza. Raduan dan Hazim berasal dari U.K manakala Halim berasal dari Myanmmar. Pada suatu hari, Cik telah memberi assingment pada mereka bertiga dan perlu dihantar keesokkan harinya. Di sebelah malam, Raduan terus membuat assignment yg diberikan dan merancang utk hantar pd hari yang ditetapkan. Pada hari tersebut, Raduan bertanya pada Hazim dan Halim tentang status assignment mereka. Halim dan Hazim belum sempat menyiapkan assignment dan Raduan pun membatalkan niatnya untuk hantar kerana ingin menunggu rakan-rakannya menyiapkan tugasan tersebut. Takkan nak score sorang-sorang pulak kan??! Masuk hari ketiga, tanpa berbincang dengan Raduan dan Hazim, tiba-tiba....

Halim: Saya nak hantar assignment yg cik bagi kelmarin... tapi tak print lagi
Cik: Boleh2x... print kat sini pun tak per..

Raduan & Hazim: @$%^##

Raduan dan Hazim terus keluar daripada syarikat setelah mendengar perbualan Halim. Huuhuu..

Raduan berasa sungguh kecewa dengan sikap Halim yang membuat keputusan tanpa berbincang. Setelah kejadian itu, Raduan dan Hazim lebih berjaga-jaga dengan sikap Halim...

p/s: Inilah masalah orang yang tak faham common sense dan tak fikir panjang! Sibuk dengan hal diri sendiri!..





Friday, December 3, 2010

Healthy Sperm: How do you know?

Assalamualaikum wbt.

Hi guys! Maybe the topic is quite controversial for some 'people'. They might be thinking that this issue should not be discussed openly. But for me, it is really important for men to know about their health especially regarding the reproduction. So, I purposely share this information to all my readers. FYI, I got this info from a trust website. Enjoy reading!

Sperm or semen for men is one thing that determines the sex life. In the semen or semen have millions of sperm that will determine the level of fertility. What kind of healthy semen?

For men experience erection and ejaculation are strong with a lot of semen is an enjoyable sex life. Indeed, some people are naturally gifted to produce semen in large numbers. The problem is that not all men produce semen that much because cement production is also strongly influenced by the way of life. But one is for sure, all men are able to increase production of semen is a lot to enjoy a strong ejaculation. One way to do a healthy living habits. As reported by netdoctor.co.uk and medicalnews.com, Sunday (28/11/2010) no signs to see whether a man's semen into the normal category or not, namely:

1. A healthy sperm or semen usually white or gray, sometimes yellowish. If semen pink or red it means there is a serious problem you should ask your doctor because the sign contains blood which will be diagnosed with a doctor.

2. When ejaculation semen fluid to form a sticky like jelly. If too thin can cause fertility problems.

3. The average normal volume of semen produced at ejaculation is 2-5 ml (half to 1 tablespoon of the size of England). The volume of semen becomes problematic if less than 1.5 ml of the so-called hypospermia which makes a dry ejaculation. Meanwhile, if the amount of cement is more than 6 ml on an ongoing basis, the condition is called hyperspermia.

4. In each 1 ml of semen there should have 20 million sperm. Or at least the number of sperm for infertile men is 40 million sperm with 75 percent must live.

5. From the number of sperm that live before, then 25 percent should be able to swim rapidly toward the egg. And 30 percent had normal shaped perfect alias.

Normal number of sperm that is great for men's health because it can:
1. Improving the quality of sperm
2. Increase libido.
3. Produce healthy offspring lot.
4. Rejuvenate your body
5. Look youthful.
6. Gives energy and strength to the body.
7. Build immunity against disease.

So keep the volume of semen was normal and healthy by doing things like avoid smoking, alcohol consumption. Avoiding things that can trigger testis as hot as its frequency of wearing tight pants, too long sitting. Increasing circulation in the body by eating healthy and exercise.

Thursday, December 2, 2010

Mahasiswa DI SINI dan DI SANA

Berikut adalah laporan tentang mahasiswa Malaysia oleh media Indonesia. Fahami

Mahasiswa berpolitik atau dipolitik?

Wednesday, November 24, 2010

Artis oh Artis

Sedang aku melayari facebook.. terjumpa pula satu post yang dikirim oleh my cousin tentang artis seksi.. Saksikan video di bawah ni..




Teringat di waktu sekolah dulu ketika membincangkan isu seksi bersama dengan ustaz. Beliau memberikan analogi perbandingan seperti makanan yang ditutup rapi (mungkin dengan tudung saji) dan makanan yang terbuka sehingga membolehkan kekotoran masuk.. yang mana satu kita akan pilih?? sudah pasti yang tertutup kan? kerana kita tahu kebersihan dan kesucian makanan tersebut... Sama juga seperti wanita.

"Wanita hiasan dunia... Seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.."

Mudah-mudahan mereka bertaubat...

Friday, November 19, 2010

Common Sense part 2

Assalamualaikum wbt

Dah lama nak post tentang issue ni.. kali ni, issue KELUAR dan MASUK ke dalam LIFT dan PUBLIC TRANSPORTATION seperti bus, komuter dan LRT...

Sekadar gambar hiasan

Untuk pengetahuan semua, orang yang nak masuk lift or any public trans PERLU LAH memberikan ruang atau laluan untuk org yang berada di dalam KELUAR DAHULU ye!
Then baru lah giliran orang yang nak masuk tu... That is the standard!

Rasanya benda yang simple macam ni sepatutnya semua orang patut tahu dan praktikan sbab aku rasa it is just a common sense. Banyak kali aku jumpa ngan orang2 yang KURANG kesedaran sivik ni. Kadang-kadang rasa hangin gak ngan orang2 yg macam ni.... especially apabila ianya berlaku di tempat-tempat yang ramai ahli akademik. dan yang paling menjengkelkan ialah diorang buat muka slumber dan tak tahun malu langsung!... huhu...

Ok.. moga seiapa yang dah terbaca harap sebar-sebarkan la ye pada rakan-rakan.. Thanks





Thursday, November 18, 2010

Bell's palsy

Have u ever heard bout this disease?? hehe...

Smalam waktu my family gather kat kampung, one of my niece was diagnosed penyakit ni.. huhu.. pity her... Luckily i've learned bout this disease when i was in 1st year.. PBL (Problem Based Learning). Thanks to the cc. So, i had a discussion with her mom bout da disease.. bla bla bla... it's very interesting!

actually, ape yg aku nak smpaikan is.. dont forget a thing of what u have learned! Since nowadays students just take for granted things that are not related to them... they just learn for the purpose of completing the course.. (not all yer...)

TQ ^_^

Wednesday, October 13, 2010

Haissshh!


Haisshh!... dah hampir complete 1 sem for final year.. terasa mcm baru smlm start praktikel.. Apa yg aku belajar?? haha....

Lots of things yg masih belum sempat aku buat..

1. FYP - data collection till conclusion
2. Report - Written report, and presentation...
3. KDBM - Find a new mentor and resign...
4. HEALSCARE team - fully handover to new P.I.C
5. Settle my clinical placement for next semester.. (since i was rejected from HSA)
6. IDA - Greet personally for each batches ( 1 - 3rd year).. Sempat ke??
7. etc.

Huhhh!... tu baru pasal society.. my own target pon masih tak tercapai...
Harap dapat settle everything before i finish this semester..