Showing posts with label Ragam. Show all posts
Showing posts with label Ragam. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Dokter 2

sambungan dokter

Ubat sapu yang dokter bagi tu ternyata kurang berkesan.. jadi aku pergi pulak ke klinik dekat ngan area umah..

Dipendekkan cerite, aku pun jumpe lah dokter tu (perempuan)..

",,,dokter, saye sakit kaki la.. "

"..kenape kaki awak?? jatuh motor? basikal?"..

"..Erkk!! (aku bermonolog). Bukan dokter.. kaki saye luke la.. mule-mule kecik je luke tu, tapi lame-lame dah besar"..

"..(aku sambung keterangan)... dokter, saya ni dah jalan macam penguin tau.. sakit betul!"

"..erm.. dokter belek-belek luke kat kaki aku, siap pegang sikit-sikit.. ok lah.. saya bagi awak antibiotik dan krim luke ea".

"ok dokter, terima kasih"..

Akhirnya, dapat gak antibiotik walaupun kos perubatan RM45.00, tapi takpelah.. berbaloi..

Waktu menunggu dokter tu panggil masuk bilik, sempat la tengok satu doa ketika nak makan ubat..

 Ok. Slamat beramal!


Monday, March 26, 2012

"Bang..." Part Final

Kertas yang bernama dan nombor tersebut aku ambil gambar untuk bahan blogging.. Sesudah itu, dengan segala hormat dan takzim, aku campakkan ke dalam tong sampah...

Tamat



p/s: Maaf kerana sudah lama tidak mengemas kini blog

Tuesday, March 13, 2012

"Bang..." Part 2

Ok.. sambungan kisah lepas..

Quote dari entry lepas,
Ini kisah lucu tapi benar. Terjadi pada aku tadi petang. Aku pergi ke Jusco Taman Universiti. Usai aku menyahut 'natural call' di gents Jusco.. Ada seorang budak lelaki (umur mungkin 9-10 tahun) menegur aku.. 'Bang, ni ada orang bagi.." ujar budak itu dalam keadaan terburu-buru. Diberikan kepada aku sekeping gumpalan kertas nota kecil. 'Hah?? Sapa yang bagi??' jawabku kebingungan sambil mengambil nota itu. 'Entah bang...' budak itu terus lari keluar dari gents meninggalkan aku tertanya-tanya... Aku pun terima je lah... dan perlahan-lahan aku buka gumpalan kertas itu... Erkkk!!! Apa di dalam nya? Hehe.... Nanti aku sambung story.. :D

Sambungan nya...

Kertas itu bukan lah bersaiz A4 ataupun A5.. tetapi seperti di bawah..



Hurmm....

Sebelum aku membuat keputusan untuk membuka lipatan kertas ini, sku tertanya-tanya, siapalah yang bagi kertas ini agaknya.. Time-time ni teringat pula proverb..

"Curiosity kills the cat"..

Ok then...

Bila aku buka kertas tu, memang aku dah agak dah..

(Gambar sengaja dikaburkan)

Ada Nama dan No.Hp... Hurm... Apa aku nak buat lepas ni?? Nanti kan sambungan nya... :D

Saturday, March 10, 2012

Relevant kah?

Relevant kah jika seorang dewasa keluarkan ayat ini,

"Nak belajar pandai-pandai.. nanti dah besar nak jadi doktor"..

Friday, March 2, 2012

"Bang..."

Ini kisah lucu tapi benar. Terjadi pada aku tadi petang. Aku pergi ke Jusco Taman Universiti.

Usai aku menyahut 'natural call' di gents Jusco.. Ada seorang budak lelaki (umur mungkin 9-10 tahun) menegur aku..

'Bang, ni ada orang bagi.." ujar budak itu dalam keadaan terburu-buru.

Diberikan kepada aku sekeping gumpalan kertas nota kecil.

'Hah?? Sapa yang bagi??' jawabku kebingungan sambil mengambil nota itu.

'Entah bang...' budak itu terus lari keluar dari gents meninggalkan aku tertanya-tanya...

Aku pun terima je lah... dan perlahan-lahan aku buka gumpalan kertas itu...

Erkkk!!!

Apa di dalam nya? Hehe.... Nanti aku sambung story.. :D

Wednesday, December 7, 2011

Orang EMO

Emo or emos? Apa tu? Perkataan bagi menerangkan sikap seseorang yang terlalu mengikut emosi terutamanya ketika marah atau bengang atau tak ada mood.

Masa belajar, aku memang emo. Sorry to my friends yang banyak terasa hati. Tapi thank God, bila dah start kerja, I managed to say goodbye to emo.

tapi....

sekarang aku pula dapat BOS YANG EMO . Adehh!!... Terseksa jiwa dan raga. Since kene jumpa bos everyday, so kekadang jadi malas nak datang kerja. Hari-hari pergi kerja jiwa tak tenang. Rasa semacam je walaupun tak de pe-pe masalah. Balasan atau dugaan tuhan untuk aku, mungkin.

But the good side of it, i learn something. In works, we have to be professional. Walaupun ada masalah kerja or personal, tapi bila deal dgn staff, kena la pandai-pandai cover. Kesian orang yang tak bersalah if tak pasal-pasal kena marah.

Kepada rakan-rakan yang selalu emo, think twice before you act dear!

Monday, December 5, 2011

Bila staff tak muncul-muncul

Bila seorang atau dua orang atau orang-orang staff tak masuk kerja, staff yang lain sibuk tanya..

'Eh.. XYZ tak datang ke?'

Yang pelik bin ajaib, soalan ditujukan pada rakan staff yang tak ada kaitan/ tak ada hubungan istimewa/ tak tinggal serumah/ tak tahu apa-apa.

Gambar hiasan [Google]

Haizz.. sikap manusia yang pelik tapi sering berlaku ( banyak kali ).

Kenapa tidak terus sahaja call atau sms staff yg tak datang tu?

p/s: Get the right person to get the right answer

Sunday, October 2, 2011

Kerana RM5

Oleh kerana kos sara hidup meningkat, manusia lebih memilih untuk membeli pada harga murah lebih-lebih lagi apabila adanya promosi. Kualiti tidak lagi menjadi keutamaan. Penjimatan kos.

Namun, malang sekali apabila aku melihat perbuatan manusia yang seperti sudah hilang pertimbangan dek kerana duit dan promosi. Beberapa hari lepas, aku sempat menyaksikan telatah manusia yang tidak ubah seperti 'lalat menghurung tahi' [analogi spontan En.E]. Lalat itu aku merujuk pada manusia yang tidak bersifat manusia. Kerana promosi setiap barang bernilai RM 5, nilai-nilai murni terus lenyap dan hilang.

Ramai manusia kini sudah buta dengan dunia. Malah, ada yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Lebih malang apabila ada yang terlupa bahawa dunia ini adalah tumpangan sementara.

Huhuuuu~.. Manusia oh manusia.

Thursday, September 15, 2011

ON

Tekan suis ON pada blogspot. Apa yang mungkin terjadi?? Nantikan. Tettttt!