Thursday, February 27, 2014

Sorotan 2013 (Part 1)

Sorotan peristiwa 2013

Disember 2012
Wedding Iqbal dan Faizah di Pahang. 
Pergi pulang hari dengan menaiki Myvi Sob walaupun plan asal cuba nak menaiki Alza Super tapi gagal. Hadir sama: Sobri dan Jepah.

Januari 2013 
Perkahwinan sepupu paling muda.
Ihsan dan Azimah. Aku cuma pengapit pengantin lelaki. Disuruh berpantun, lidah terkelu.

Februari 2013
Semester II, UKM bermula. Nervous dengan subjek Research. Mula mengenali Dr.T. Saudara dari jauh datang. Berjalan-jalan di sekitar Johor. 
Bersama Dawang

Mac 2013
Dimasukkan ke hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Diagnosis: Acute Gastro-Enteritis (AGE). Warded selama 3 hari. Mujur ada Kak Hajar dan kak Syikin yang menghantar ke hospital. Terima kasih pada semua yang mendoakan

April 2013
Mula kehidupan seperti zombi. Pagi-pagi buat data collection (untuk research), kemudian ke kelas. Malam baru sampai rumah. Bermulalah penyiksaan dalam hidup

May 2013
Hari jadi aku. Tak ada event yang menarik.Menerima sms jemputan ke majlis perkahwinan Jepah. 

Jun 2013
Ke Terengganu perkahwinan Jepah dan Syazana.
Pergi pulang hari bersama Azri dan Sobri. Pergi dengan kereta Azri, pulang menaiki bus. Tahniah Jepah dan isteri.

Sempat melancong di sekitar Terengganu bersama Azri dan Sobri. Antara tempat lawatan: Penny Pang, Pasar Payang, Masjid kristal, masjid putih, Losong dan terminal bus terengganu. Kredit kepada Encik Azri kerana menjadi penunjuk jalan. 

Pasar Payang. Sempat membeli Kchain untuk rakan-rakan di KL.

Di Rumah pelancongan, Bukit Puteri

Bukit Puteri

 Di Masjid Kristal, Terengganu

 View masjid Kristal. 

 Di kawasan persekitaran Masjid Kristal

 Panorama di Terengganu, (Baca: Brisbane) Malaysia.

Masjid Putih, Terengganu

End of life journey January - February 2013.

p/s: Segala gambar dan komen adalah adalah terpelihara. Sebarang pencurian atau pengambilan gambar-gambar adalah tidak dibenarkan. 









Monday, February 24, 2014

Direct translation part 1


Berikut adalah direct translation daripada bahasa Indonesia ke bahasa Inggeris.

Jika kamu melihat orang yang berlomba untuk memperoleh kemewahan dunia, maka tandingilah mereka dalam bekal akhirat, karena dunia akan pergi sedangkan akhirat kekal abadi.

If you see people who are racing to gain a world of luxury, then tandingilah them in the lunchbox of the hereafter, because the world will go while the eternal afterlife. (Translated by Bing)

Nota kaki:
(Indon-Inggeris)

1. Tandingilah = Tandingilah
2. Bekal akhirat = Lunchbox of the hereafter

First Outing UKM 2014

After finishing XXX, we all together went to IKEA for coffee talk. Nice
 John Kong Pei Pei and Cik Shiquin

 Me and Cik Shiquin
 Cik Shiquin, Me and John Kong Pei Pei

Live life to the fullest!

Friday, September 20, 2013

Open house 2013

Secara tiba-tiba dalam perjalanan menuju ke ukm bangi, aku mengajak rakan-rakan sekelas untuk bertandang ke rumah ku. Setelah bercuti raya, kena lah ade mase untuk lepak dan makan makan bersama. Kaedah nya setiap orang bawa makanan masing masing. Alhamdulillah.. rezeki Allah masih terbuka luas bagi kami semua. Menu malam ni. Ayam masak merah suzanne osman, ayam goreng secret recipe john pei pei, spaghetti owesome fizah, willy satay cikin hajar, cocktail divya suzanne.. tuan rumah just sdiakan air gas dan buah epal dan kek.

Apa yang penting? Kerjasama. Projek masak memasak di dapur diselangi dengan bunyi senduk dan ketawa memecah kebuntuan projek research.

Terima kasih pada semua!

John Kong, Fiza, Kak Hajar, Kak Cikin

Fiza, Kak Suzana, John Kong, Kak Cikin, Kak Hajar

Kak Suzana, Divya, Fizah

Get connected!

Wednesday, September 18, 2013

Kursus lesen motor

18.9.2013 Rabu

Masuk kelas semula. Selepas 2008 berkursus di kuantan, sejarah berulang lagi.

Kursus kali ini lebih bersemangat sebab cikgu yang mengajar best! Pandai bagi semangat. Kalau dahulu di kuantan, cikgu sangat membosankan.  Orang nak datang belajar pun tak semangat. Akibatnya L tersangkut dah 5 tahun. Sehingga lah tahun 2013 apabila L dah tak boleh nak di perbaharui. 

Alkisah... motor pertama percubaan di track.

Entri kali ni sangat remaja. Kawan2 semua umur 16-24. Feel young.

Monday, September 16, 2013

2008 gila korea

2008. Umur 20 tahun.

Tahun yang penuh dengan kegilaan korea. Oleh kerana sangat terkesan dengan cerita MY GIRL lakonan lee dong wook dan lee dae hee, segala feshen nak mengikut citarasa korea.

Alahai zaman remaja. Memang seronok! Zaman mencari identiti diri.

Sekarang 2013, pengaruh korea masih lagi ada. Tapi oleh kerana peralihan zaman atau umur yang semakin meningkat dewasa, fesyen perlu kelihatan lebih matang.

2008!

Sunday, September 15, 2013

First try android app

Percubaan pertama kali post blog menggunakan android app.
Terima kasih android dengan kemudahan ini.