Monday, April 4, 2011

Mesej yang berbeza

Beberapa minggu lepas, aku sempat menonton intro satu rancangan bual bicara tentang 'khasiat daging kambing'.. Sempat la tonton kata-kata aluan host tentang topik tu.. Ada beberapa 'wording' yang aku rasa akan mengelirukan penonton.. Cuba bezakan ayat di bawah ini:

'Daging kambing mempunyai kandungan kolesterol yang rendah'

'Daging kambing dapat mengurangkan kolesterol'

Ada beza tak?

Ok.. So, berhati-hati ketika berbicara.

Sunday, April 3, 2011

My Apology...

Dedicated to all my classmates...


Assalamualaikum wbt.

I just heard most of you did not feel 'OK' with my way on 'sharing' my knowledge during the last presentation session. So, I am sorry for that. I did not mean to condemn you guys or show off myself. It was just a sharing.

To my lecturer, my apology too if I had done something 'unpleasant' during the session..

I will just be quiet after this.

Friday, April 1, 2011

Belajar respect!


Entri kali ini memang emosi sikit..! Dedicated untuk my 'lovely' juniors.

Actually, dah lama nak mengomen tentang benda ni.. its about RESPECT. FYI, kat IIUM ni sistem nyer dah cantik.. yang lelaki dipanggil 'brother' dan yang perempuan di panggil 'sister'.. in Malay, 'abang' or 'kakak'.

Ini cerita dalam 'fakulti'.

So, usually yang lelaki akan panggil 'akak' utk senior2 perempuan (tak kisah la senior berapa tahun pun). Yang perempuan pula, JARANG nak panggil 'abang' or 'brother' untuk senior2 lelaki (tak kisah la senior2 berapa tahun pun). Ada senior yang ok (can tolerate), but ada yang feel very annoying (aku la tu!). Bukannya apa.. please la show you all punya RESPECT sikit.. Orang berbudi, kita berbahasa kan.. Kalo segan nak panggil 'abang', panggil la brother.. instead of sebut nama jer.. Hengat kita ni omputeh keerr?? huh!!

Baru jap tadi berselisih dengan junior2 yang terchenta, memang tak menunjukkan RESPECT langsung!.. Main panggil2 nama jer.. Tahu lah kamu tu dah year X,Y,Z.. tapi spare la some RESPECT to your seniors.. Susah sangat ke nak RESPECT org?? kalau sound depan2 nanti merajuk la pulak.. cakap itulah, inilah.. macam-macam..

Benda ni is basic common sense as orang Melayu.. Budaya hormat-menghormati... Not in the fakulti je, but you will apply the same thing when you go for work...

Ok lah.. itu sahaja. Tq sebab baca yer.

p/s: What you give, you get back. Faham-faham jer lah.


Wednesday, March 30, 2011

to budak-budak SKEM!


Kenapa skema? Not me.

1. "Dari dulu lagi dah macam tu.. susah nak ubah.." _this is SKEMA!!!
I used to hear this reason in societies... Please la. Be different k!

2. "Sistem kita memang dah macam tu.." this is SKEMA!!!
Kalo sistem tu menyusahkan, kenapa masih nak ikut??

3. "Ko ni skema lah.." "Dia tu budak-budak skem"..
on what basis they claimed u so? please ask..!

4. Pergi kerja buat benda yang sama.. this is SKEMA!!!
Cari kelainan when you work k.

THE END

p/s: Not being SKEMA does not mean u have to break the rules. Just THINK!!

Monday, March 28, 2011

Its a GOOD ENDING...

Alhamdullillah.. Hari ni merupakan hari yg terakhir aku praktikel di University Malaya Medical Centre (UMMC).. Walaupun agak terlewat dari tarikh yang sepatutnya, tapi I am very satisfied (if ada rank 1-5, i ll definitely give 6!) with the ending.. Why?

1. Today I only come for my case presentation. I was not very confident with my management.. Since the case was not really mine at the first place.. huhu... However, I managed to present the case well (I guess). Though I were asked with a few unexpected questions from the dietitians (standard la tu.. org tanya means they are interested to know kan?? hee~), I still able to answer it.. So, it was a pretty good ending for me la..

2. Having a sharing moment with our beloved H.O.D selama almost 1 hours. I think, previous students did not get the chance like us. Though it was a bit lenghty (sampai E dan H pun resah, haha..) but for me, bukan senang nak dapat peluang macam ni.. Especially bila HOD sanggup luangkan masa dengan students walaupun dia busy dengan kerja-kerja lain.. Bukan senang tau!. The contents tu tak boleh la nak revealkan.. Biarlah menjadi memori among us jer la yekk!..

3. Our HOD bagi chocolate to us.. wee~... Actually dia baru balik dari oversea.. Tak sangka ada gak rezeki kami.. =)

4. I did learn a lot from the practical.. seriously. Walaupun pd awalnya my decision to change to PPUM (from HKL) dpt tentangan or respon negative daripada sisters kelas aku.. But it doesnt affect me much!.. I deserve to choose.. 1st come 1st served. Thats the rule. If ada classmates yg terbaca, sorry yer.

5. PPUM is one of the best teaching institution.

My special thanks to our HOD, Cik Siti Hawa who was very supportive during the practical session.. =)

p/s: Perkataan yang tidak boleh dilupakan ialah 'tembak'.. ahahaha!

Thursday, March 24, 2011

Pesanan utk rakan-rakan dan adik-adik


Baru perasan betapa post-post sebelum ini kurang unsur-unsur emosi.. berbanding ketika menjalankan latihan praktikel di Hospital Selayang, hampir hari-hari jiwa kacau .. Mungkin praktikel di PPUM lebih menenangkan dan minda di isi ilmu-ilmu baru yang dipelajari.. So, tiada ruang untuk beremosi.. (Tiada niat untuk memburukkan mana-mana hospital ye, sila baca entri sampai habis).. Tambahan, 'rakan-rakan' pula semakin ada kemajuan soft skill untuk bersosial.. satu perkara yang bagus (tapi masih lagi boleh di improve).

So, entri kali ni just nak share a few things to my friends dan adik-adik yang menjalani atau akan menjalani latihan praktikel...

1. Setiap tempat latihan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, gunakanlah kelebihan dan kekurangan tersebut sebagai panduan apabila kalian menjadi seorang dietitian kelak atau apa-apa bidang pekerjaan sekalipun (mungkin ada yang tidak berminat utk menjadi dietitian).

2. Apabila sudah praktikel di satu tempat yang dikatakan 'bagus', usah membangga diri!.. Kongsi lah ilmu tersebut dengan rakan-rakan anda. Mungkin ada di antara kita yang kurang bernasib baik kerana mendapat tempat praktikel yang kurengg. . Paling penting, "Jangan ingat kau tu bagus sangat!!" (dengan emosi..)

3. Ilmu teori dan praktikel perlulah bergerak seiring. Teori sememangnya teramat penting. Tanpa teori yang bagus, kemungkinan praktikel boleh jadi agak kelam-kabut. Praktikel hari-hari hanya untuk memahirkan diri dalam mengaplikasi ilmu yang dipelajari di kelas. Kalo tak der ilmu, camna nak praktikel kann??? Ada juga saya jumpa student yang teori nya power habis, tapi bila praktikel... alahai.. nak pegang patient pun takut-takut.. macam mana tu?? huuu~ sesuatu yg boleh kita fikirkan..

4. Soft skill sangat penting!!.. Siapa yang suka duduk kat bilik, tidak bersosial (maksudnya tidak suka berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, orang tua, remaja dan etc.), anda perlu lakukan sesuatu!... Sila berubah!

5. Untuk golongan muslimah dan muslim yang 'teramat menjaga mualamat' seperti.. tak boleh pegang patient lelaki, tak boleh cakap dengan patient perempuan.. mungkin anda perlu fikirkan profession yang lain.. Sekadar cadangan.. Kerana, apabila kalian praktikel, sudah pasti akan berdepan dengan pelbagai jenis jantina (lelaki, perempuan, bapuk, penkid pun ada!).. haha

Tu je lah pesanan untuk kalian semua.. semoga berjaya menghabiskan sesi pembelajaran.. =)

p/s: Maaf sekiranya entri ini membuatkan anda terasa hati.. Hanya berkongsi ilmu dan nasihat berdasarkan pengalaman praktikel yang tidak seberapa.. Ambil yang jernih, letak tepi yang keruh.. I am str8 to da point ok.. Dah penat berkias-kias..

Sekian..........

Friday, March 18, 2011

Attending conference

19-20 March 2011
Saturday - Sunday

Im attending

Allied Health Sciences conference


Venue: UKM Bangi
Fees: RM 30/person

I hope to see my juniors there.. =)

p/s: Balik kerja kul 5.30pm..