Monday, February 28, 2011

Bosan aku dengan penat...

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi sepi dan sendiri
Aku benci
Aku ngin bingar
Aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ah...ada malaikat menyulam
Jaring laba-laba belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai
..........


Saturday, February 26, 2011

I miss my debating life......

Semester akhir paling byk perubahan!.. bukan aku saja yang rasa, bahkan E pun rasa juga.. 8pg - 5ptg berada di hospital... tiada lagi kelas atau meeting2 societies... Semuanya praktikel!...

One thing yang aku miss sangat2 ialah DEBAT.. Sejak dari sekolah lagi aku sudah bergelumang dengan dunia debat.. jadi bila sudah lama tidak berdebat, terasa rindu yg teramat... (T_T)

Kenangan sbagai ahli kelab..

2007/08 - Ketua biro Latihan
2008/09 - Presiden
2009/10 - Mentor

Bagi mengubati rindu yg semakin parah.. I just share a few pics time bersama kelab debat Kuantan..

Friendly match UIAM Kuantan vs UMP.. 2009
(I was the Programme Manager)

Annual Grand Dinner KDBM Kuantan
(I was a Mentor)

My last speech as Mentor during Annual General Meeting (2010/11)

Last picture with the new KDBM board..

p/s: Pictures tournament byk dah hilang..

Sunday, February 20, 2011

What a relief..!


While lying supine on my bed, suddenly i received a sms which I've been waiting for a week...

20-Feb-2011 5.50pm

"Your thesis is ready for submission. No correction needed. Everything's fine"

From Mdm.F

Thanks~!

Monday, February 14, 2011

Campus cycle


This is my campus life cycle... hehe...

p/s: Hidup ibarat roda... (Umur pun... ^_^)

Thursday, February 10, 2011

Indahnya bersahabat


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya iaitu:

1. Imam (pemimpin) yang adil;
2. Pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah;
3. Orang yang hatinya selalu terikat pada masjid;
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah kerana Allah;
5. Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’;
6. Orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan
7. Seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.”

(HR. Bukhari Muslim)


4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah Subhanahu wa ta’alaa, berkumpul karena Allah dan berpisah kerana Allah

Dua orang yang saling mencintai karena Allah akan mendapatkan lindungan dari Allah Subhanahu wa ta’alaadi akhirat nanti, dan Allah Subhanahu wa ta’alaaakan mengizinkan kedua orang tersebut untuk masuk ke dalam syurga-Nya.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahih-nya dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada seorang lelaki yang ingin mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di dalam perjalanannya Allah Subhanahu wa ta’alaa mengutus seorang malaikat untuk mengawasinya. Ketika lelaki itu sampai padanya, malaikat itu berkata, “Kemanakah engkau akan pergi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.’ Malaikat itu bertanya lagi, ‘Apakah engkau punya kepentingan dari kenikmatan di desa ini?’ Lelaki itu menjawab, ‘Tidak, hanya saja aku mencintainya kerana Allah.’ Kemudian malaikat itu berkata, ‘Sesungguhnya aku adalah utusan Allah Subhanahu wa ta’alaa yang diutus kepadamu, bahwa Allah juga mencintaimu sebagaimana kamu mencintai-Nya.”

Indahnya hidup ini apabila dikelilingi sahabat yang mencari cinta ALLAH...
Bersahabat kerana ALLAH...
Mengajak kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran...
Sahabat ketika susah dan senang...
Mudah-mudahan aku dapat bertemu mereka di syurga....

Ameen..

Monday, February 7, 2011

Merempat...

Sekadar gambar hiasan

Sekarang sudah berada di Kuantan....... Cuma nasib agak kurang baik kerana terpaksa merempat di bilik kawan atas sebab-sebab yang tidak terjangka... huu~

p/s: Bersyukur kerana masih punya kawan... Alhamdullillah...

Friday, February 4, 2011

Kawan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Entri kali ini tentang KAWAN...

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." (Surah at-Taubah: 119)

"Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa." (Surah al-Zukhruf: 67)

Dalam satu ayat lagi, Allah menceritakan mengenai penyesalan orang yang bertemankan si jahat.

"Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia." (Surah al-Furqan: 28)

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:

"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Ada orang kata, berkawanlah dengan semua orang.. tak rugi pun kalau saling berkenalan.. And I do agree with that.. Cuma, kena berhati-hati dalam memilih kawan..

Ada kawan yang suka tolong kawan..
Ada kawan yang tak kisah dan sangat bertoleransi..
Ada kawan yang makan kawan,
Ada kawan yang suka mengambil kesempatan dengan kebaikan kawan..
Ada kawan yang pentingkan diri sendiri..
Ada kawan yang tak memaafkan kawan..
Ada kawan yang pendendam...
Ada kawan yang tak suka melihat kejayaan kawan..

(Erk.. banyak merah dari biru... huuu~)

Pasti kita semua dah jumpa bermacam-macam jenis kawan kan? Asam garam kehidupan...
Pesanan dari penulis...

Jadilah kawan yang sentiasa mendoakan kejayaan kawan, yang memaafkan kesilapan kawan... dan yang sentiasa disisi kawan ketika susah dan senang..

Mudah-mudahan kita menjadi insan kamil... Ameen...

p/s: Actually, mesej yang ingin disampaikan ialah.. berkawanlah dengan orang yang bijak pandai dan bergaulah dengan golongan alim ulama.. InsyaAllah akan beroleh kejayaan..

Wednesday, February 2, 2011

Conflict yang kompius...


Huuhuu... tak abes2 ngan konflik diri..! sangat memeningkan..

Actually, plan asal nak sambung master after abes degree... berangan nak terbang ke negara omputeh.. tapi rasanya macam tipis harapan... banyak pula prosedur yang kene uruskan.. tambahan pula dengan sistem IPT yg dah berubah.. Kemasukan student new session on September, then convocation pun sah2 akan di lambatkan.. Padahal, script kat scroll tu sangat penting if nak mohon apa-apa.. Grrr..

Utk master pula, perancangan nak amek coursework.. tapi ada org suggest utk wat research.. Plus, if buat research, banyak sikit sumber2 nak minta scholarship as compared to coursework.. Maklumlah, Malaysia sekarang dalam proses membangunkan penyelidikan.. so, semua nak kena by kaji selidik....

Kerja tak fikir in detail lagi so far.. tapi if possible nak apply jadi lecturer.. Layak ke? haha... berangan lebih..! If tak pun, jadi dietitian pun ok la.. cuma maybe mortality rate kat Malaysia akan bertambah kot.. kah 100x...! urm... Konfius... Lemas dalam kepeningan...

HELP PLEASE!.


Tuesday, February 1, 2011

Its February!!


Its February!!..

"DON'T HOLD BACK"

Im gonna all out till April.. (academically).. So, be careful of me..