Tuesday, March 19, 2013
Susah ingat nama
AdehhH!!
Sedikit perkongsian ilmu:
Thursday, March 14, 2013
Dokter 2
Ubat sapu yang dokter bagi tu ternyata kurang berkesan.. jadi aku pergi pulak ke klinik dekat ngan area umah..
Dipendekkan cerite, aku pun jumpe lah dokter tu (perempuan)..
",,,dokter, saye sakit kaki la.. "
"..kenape kaki awak?? jatuh motor? basikal?"..
"..Erkk!! (aku bermonolog). Bukan dokter.. kaki saye luke la.. mule-mule kecik je luke tu, tapi lame-lame dah besar"..
"..(aku sambung keterangan)... dokter, saya ni dah jalan macam penguin tau.. sakit betul!"
"..erm.. dokter belek-belek luke kat kaki aku, siap pegang sikit-sikit.. ok lah.. saya bagi awak antibiotik dan krim luke ea".
"ok dokter, terima kasih"..
Akhirnya, dapat gak antibiotik walaupun kos perubatan RM45.00, tapi takpelah.. berbaloi..
Waktu menunggu dokter tu panggil masuk bilik, sempat la tengok satu doa ketika nak makan ubat..

Tuesday, December 27, 2011
Moga kita tidak sombong...
Sering kali aku melihat gelagat dan telatah manusia yang sombong setelah diberikan pangkat, jawatan mahupun harta. Setelah bergelar Datuk, Prof., Dr., belajar di oversea, pakai kereta mewah, atau apa-apa sahaja yang memberikan kelebihan kepada mereka, mulalah lupa diri. Kawan-kawan lama, staf-staf bawahan hatta cleaner pun hanya dipandang sebelah mata! RIAK.
Tidakkah mereka ingat Allah telah berfirman:
"Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung" Surah Al-Isra': 7
Aku katakan ini naluri kerana Allah telah pun menjelaskan dalam Al-Quran dan Dia tahu sifat manusia ini yang sombong, lantas diturunkan ayat ini sebagai peringatan untuk sekalian mahluk.
Mudah-mudahan kita semua tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit atau habis madu sepah dibuang. Sebaliknya menjadi seperti resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk.
Ya Allah... selamatkanlah dan lindungilah hati ini dari sifat sombong.. Ameen..
p/s: Inspirasi menuju tahun 2012...
Monday, November 21, 2011
U minat ape?
"Whats your plan after grad?"
"You nak kerja apa/mana lepas grad?"
"You apply kerja kat mana?"
Selepas mendapat pekerjaan (terutamanya first job)
[Bulan pertama]
"Macam mana kerja baru? Ok?"
"Banyak tak kerja kat sana?"
"Staff semua ok tak?"
"Berapa gaji dia bayar?"
"Bila nak belanja?"
[Bulan kedua]
"Bila kau nak beli kereta?"
"Bila you nak kahwin?"
Hidup adalah pilihan. Manusia merancang, Allah merancang, sebaik-baik rancangan adalah daripada Allah.. DIA bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu! Apa yang penting ialah, kita wajib bersyukur dengan segala pemberian Allah.
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada mu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih"
'
Thursday, September 29, 2011
Lelaki dan Neraka
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!
p/s: Buat peringatan untuk kita semua
Credit to: Amirul Mujahidin
Thursday, September 22, 2011
Cerita Halal
Aku berpeluang berbincang tentang isu ini dengan seorang pekerja Halal Executive Program, En.Epah, sewaktu nyamuk liar sedang sibuk mencari mangsanya. Bayu malam turut menyelubungi tubuh tatkala jam menunujukkan 1.30 pagi.
Tiba-tiba, sedang aku cuba menahan mata dari terpejam, En.Epah mengajukan soalan cepumas kepada aku:
En.Epah: Ok.. Aku bagi kau satu situasi.
Aku: Apa dia?
En.Epah: Ada dua kedai. Satu kedai Ah Seng dan satu kedai Pak Mat. Kedai Ah Seng ada logo Halal manakala kedai Pak Mat tak ada. Mana satu kau akan pergi??
Aku: Err.... Speechless
Selepas itu, kami teruskan perbualan tentang Halal sehinggalah masing-masing
Pada aku, tuntutan mencari makanan yang Halal itu WAJIB. Menyebarkan ilmu dan kefahaman tentang Halal itu PERLU. Adalah menjadi tanggungjawab orang-orang yang berilmu untuk menyebarkan dan membetulkan fahaman songsang segelintir masyarakat lama atau moden tentang Halal.
Allah berfirman:
Wednesday, August 10, 2011
Aku terima..
Dalam masa yang sama, aku juga menerima tawaran sebagai YYY disebuah institusi perubatan. Gaji tidak seberapa (tidak seperti yang aku inginkan).. Waktu kerja 6.30 pagi sehingga 5.30 petang. Job scope usah cerita, memang banyak. Di negeri orang. Terima atau tidak? Terima je lah.. Aduhh...
Perancangan asal memang meleset! Tidak pernah terfikir untuk bekerja sebagai YYY. Tetapi apakan daya.. Allah menentukan yang terbaik untuk hamba-Nya. Allah berfirman,
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)
Mencari pengalaman bagi meningkatkan prestasi, menambah ilmu dan value diri. Mengharapkan rahmat dari Ilahi.. Mudah-mudahan kita semua diberkati.
p/s: Tidak ingin menjadi seperti kacang lupakan kulit.
Friday, July 22, 2011
Memancing: berapakah?

Kaedah 1
Pilih satu joran dan 'satu hot spot' yang mempunyai potensi untuk mendapat 'ikan'. Dan pancing disitu. Gunakan cara yang terbaik untuk 'memancing'. Fokus 100 peratus. Berapakah kebarangkalian untuk dapat 'ikan'?
Kaedah 2
Pilih banyak joran dan 'banyak hot spot' atau mana-mana kawasan yang kemungkinan ada 'ikan'. Pancing disitu. Mungkin tak dapat fokus sepenuhnya pada semua joran. Cara memancing adalah sama di setiap kawasan. Berapakah kebarangkalian untuk dapat 'ikan'?
Mari 'memancing'! Aku dapat satu 'ikan' semalam.. hehe
p/s: perkataan yang di italic mempunyai makna yang tersirat. Kalian mengerti?
Monday, July 18, 2011
Job Hunting 2011
p/s: Selamat menyambut Bulan Ramadhan!
Sunday, July 10, 2011
Dunia hanya pinjaman..
p/s: Tatkala aku memikirkan soal kerja, duit dan keluarga..
Wednesday, July 6, 2011
Bila nak kerja? Work?
Bila nak kerja??
Erm... soalan sangat simple kan? Tapi bila nak jawab.. lebih 1 peranggan nak hurai status pekerjaan.. Kadang-kadang aku berikan jawapan yang berbeza-beza.. mungkin pada May aku jawab A, Jun pula aku jawab B.. July? tak tahu lagi.. Apa yang pasti, tiada skema jawapan yang betul-betul pasti selagi tak bekerja.. kan? (refer to NEET diluar sana)
Sunday, July 3, 2011
Cemburu (Jealousy)

Tuesday, May 3, 2011
12 Sifat sahabat
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia kan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan drpnya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kpdnya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) drpmu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
Thursday, April 28, 2011
Word of wisdom
Ada kalanya kesalahan itu membuatkan seseorang membaiki diri,
tak pernah rasa bersalah itu boleh mendatangkan 'sombong diri', itulah kesalahan yang tidak disedari...
p/s: Jumpa ayat ini ketika praktikel di Hospital Selayang..
Sunday, April 17, 2011
True colours?
Most students ingin grad dengan kelulusan 'flying colours' sebab ianya menjadikan student high-demand dan high-standard. Maybe graduated dengan 1st upper class is a bonus and can be considered as flying colours. For those yang berjaya, tahniah di ucapkan..

This is just my opinion...
I prefer to grad with my own or true colors. My results supposedly reflecting my capabilities and strength.. If I deserved to get excellent, then I believe God will give it for me. To work in real world, it is not that easy. To be 1st class grad also is not that easy too. Lots people will be putting a high expectation towards the 1st class as compared to the lower class.. That is why I choose to be in my true colors.. (not to mention about my class).. hehe..
I still remember an advice given by the deputy dean of Academic Affairs, KAHS.. Do pray to God.. Ask Him to give the best for you..
To all my friends, be happy with our result. If u did not get the 1st class degree, just believe that God always give the best to us. He knows better right? Keep on improving and enhancing ourselves. Everyone has their own uniqueness.. We cannot be the same but we can have the same goals..
Ok.. thats all..
'Sharing is caring'
Friday, April 1, 2011
Belajar respect!

Actually, dah lama nak mengomen tentang benda ni.. its about RESPECT. FYI, kat IIUM ni sistem nyer dah cantik.. yang lelaki dipanggil 'brother' dan yang perempuan di panggil 'sister'.. in Malay, 'abang' or 'kakak'.
Ini cerita dalam 'fakulti'.
So, usually yang lelaki akan panggil 'akak' utk senior2 perempuan (tak kisah la senior berapa tahun pun). Yang perempuan pula, JARANG nak panggil 'abang' or 'brother' untuk senior2 lelaki (tak kisah la senior2 berapa tahun pun). Ada senior yang ok (can tolerate), but ada yang feel very annoying (aku la tu!). Bukannya apa.. please la show you all punya RESPECT sikit.. Orang berbudi, kita berbahasa kan.. Kalo segan nak panggil 'abang', panggil la brother.. instead of sebut nama jer.. Hengat kita ni omputeh keerr?? huh!!
Baru jap tadi berselisih dengan junior2 yang
Benda ni is basic common sense as orang Melayu.. Budaya hormat-menghormati... Not in the fakulti je, but you will apply the same thing when you go for work...
Ok lah.. itu sahaja. Tq sebab baca yer.
p/s: What you give, you get back. Faham-faham jer lah.
Thursday, March 24, 2011
Pesanan utk rakan-rakan dan adik-adik

So, entri kali ni just nak share a few things to my friends dan adik-adik yang menjalani atau akan menjalani latihan praktikel...
1. Setiap tempat latihan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, gunakanlah kelebihan dan kekurangan tersebut sebagai panduan apabila kalian menjadi seorang dietitian kelak atau apa-apa bidang pekerjaan sekalipun (mungkin ada yang tidak berminat utk menjadi dietitian).
2. Apabila sudah praktikel di satu tempat yang dikatakan 'bagus', usah membangga diri!.. Kongsi lah ilmu tersebut dengan rakan-rakan anda. Mungkin ada di antara kita yang kurang bernasib baik kerana mendapat tempat praktikel yang
3. Ilmu teori dan praktikel perlulah bergerak seiring. Teori sememangnya teramat penting. Tanpa teori yang bagus, kemungkinan praktikel boleh jadi agak kelam-kabut. Praktikel hari-hari hanya untuk memahirkan diri dalam mengaplikasi ilmu yang dipelajari di kelas. Kalo tak der ilmu, camna nak praktikel kann??? Ada juga saya jumpa student yang teori nya power habis, tapi bila praktikel... alahai.. nak pegang patient pun takut-takut.. macam mana tu?? huuu~ sesuatu yg boleh kita fikirkan..
4. Soft skill sangat penting!!.. Siapa yang suka duduk kat bilik, tidak bersosial (maksudnya tidak suka berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, orang tua, remaja dan etc.), anda perlu lakukan sesuatu!... Sila berubah!
5. Untuk golongan muslimah dan muslim yang 'teramat menjaga mualamat' seperti.. tak boleh pegang patient lelaki, tak boleh cakap dengan patient perempuan.. mungkin anda perlu fikirkan profession yang lain.. Sekadar cadangan.. Kerana, apabila kalian praktikel, sudah pasti akan berdepan dengan pelbagai jenis jantina (lelaki, perempuan, bapuk, penkid pun ada!).. haha
Tu je lah pesanan untuk kalian semua.. semoga berjaya menghabiskan sesi pembelajaran.. =)
p/s: Maaf sekiranya entri ini membuatkan anda terasa hati.. Hanya berkongsi ilmu dan nasihat berdasarkan pengalaman praktikel yang tidak seberapa.. Ambil yang jernih, letak tepi yang keruh.. I am str8 to da point ok.. Dah penat berkias-kias..
Sekian..........
Thursday, February 10, 2011
Indahnya bersahabat

1. Imam (pemimpin) yang adil;
2. Pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah;
3. Orang yang hatinya selalu terikat pada masjid;
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah kerana Allah;
5. Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’;
6. Orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan
7. Seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.”
(HR. Bukhari Muslim)
4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah Subhanahu wa ta’alaa, berkumpul karena Allah dan berpisah kerana Allah
Dua orang yang saling mencintai karena Allah akan mendapatkan lindungan dari Allah Subhanahu wa ta’alaadi akhirat nanti, dan Allah Subhanahu wa ta’alaaakan mengizinkan kedua orang tersebut untuk masuk ke dalam syurga-Nya.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahih-nya dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada seorang lelaki yang ingin mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di dalam perjalanannya Allah Subhanahu wa ta’alaa mengutus seorang malaikat untuk mengawasinya. Ketika lelaki itu sampai padanya, malaikat itu berkata, “Kemanakah engkau akan pergi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.’ Malaikat itu bertanya lagi, ‘Apakah engkau punya kepentingan dari kenikmatan di desa ini?’ Lelaki itu menjawab, ‘Tidak, hanya saja aku mencintainya kerana Allah.’ Kemudian malaikat itu berkata, ‘Sesungguhnya aku adalah utusan Allah Subhanahu wa ta’alaa yang diutus kepadamu, bahwa Allah juga mencintaimu sebagaimana kamu mencintai-Nya.”
Mengajak kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran...
Sahabat ketika susah dan senang...
Mudah-mudahan aku dapat bertemu mereka di syurga....
Ameen..
Friday, February 4, 2011
Kawan
Entri kali ini tentang KAWAN...
Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud:
Dalam satu ayat lagi, Allah menceritakan mengenai penyesalan orang yang bertemankan si jahat.
"Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia." (Surah al-Furqan: 28)
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
Ada kawan yang tak kisah dan sangat bertoleransi..
Ada kawan yang makan kawan,
Ada kawan yang suka mengambil kesempatan dengan kebaikan kawan..
Ada kawan yang pentingkan diri sendiri..
Ada kawan yang tak memaafkan kawan..
Ada kawan yang pendendam...
Ada kawan yang tak suka melihat kejayaan kawan..
(Erk.. banyak merah dari biru... huuu~)
Pesanan dari penulis...
Jadilah kawan yang sentiasa mendoakan kejayaan kawan, yang memaafkan kesilapan kawan... dan yang sentiasa disisi kawan ketika susah dan senang..
Mudah-mudahan kita menjadi insan kamil... Ameen...
p/s: Actually, mesej yang ingin disampaikan ialah.. berkawanlah dengan orang yang bijak pandai dan bergaulah dengan golongan alim ulama.. InsyaAllah akan beroleh kejayaan..
Wednesday, January 19, 2011
Oh Halim: Manners

Time: 11.30 am
Location: Library
Episod 3...
Utk pengetahuan semua, staff yg melakukan latihan praktikal selalunya akan meng'update' or 'charting case' status klien mereka di library kerana di office ini menggunakan system online (sistem berkomputer) .. Tidak seperti di office yang pernah Raduan praktikel sebelum ini yang hanya menggunakan kertas dan fail (sistem tradisional).. haha.. Di library, hanya ada 2 komputer sahaja yang boleh digunakan untuk mengcharting..
Kisah bermula..
Ketika Raduan dan Chang sibuk men 'charting' cases mereka di library (it means computers are fully occupied), tiba-tiba Halim datang ke tempat Chang..
Halim: Eh, nak charting....
Chang: you boleh cakap baik-baik sikit tak?? You datang-datang cakap macam itu, macam you mahu halau saya tau.... Saya guna tempat ini dulu.. (dialek chinese)
Raduan: (Senyum-senyum)
Halim: Terdiam..
Chang: Ok lah.. (sambil mengemas barang dan terus balik ke ofis)
Halim: Diam.. (setelah Chang pergi, Halim pun mengambil alih tempat Chang...)
Raduan yang duduk bersebalahan dengan Chang hanya diam dan memerhatikan gelagat Halim..
Moral of the story:
1. Gunakan lah bahasa yang lebih baik kalau ingin berkomunikasi..
2. Soft skill untuk bersosial tak blajar dalam kelas teori ok.. It is common sense!
3. Gunakan lah ayat 'Minta maaf' kalau bersalah..
4. Jangan sibuk dengan dunia sendiri jer!