Friday, May 27, 2022
Raya puasa 6 Syawal 1443
Tuesday, December 30, 2014
Sarang labah-labah
Sarang labah-labah? Itulah gambaran keadaan blog ini. Bersawang setelah berkurun lamanya ditinggalkan sepi, sunyi tanpa berita. Kendatipun, ketiadaan entri selama beberapa purnama tidaklah bererti penulis telah 'mati'. Cuma mengambil masa untuk menarik nafas sedalamnya setelah penat mengharung badai dan beliung yang melanda kencang.
Dengan harapan 2015, semoga penulis (baca: Kembara Pulau) dapat melalui usia yang berbaki ini dengan penuh bermakna.. Ameen
Saturday, April 12, 2014
Tak dapat tidur
Tak dapat tidur. Memikirkan masalah.
Menjadi manusia yang bertanggungjawab perlu kekuatan hati, nurani dan mental. Tersepit antara dua.
Walau apapun yang terjadi, keluarga diutamakan.
Innallaha ma'ana....
Sekian.
Friday, April 11, 2014
Tuesday, April 8, 2014
Semakin tua
Rasanya sudah semakin tua fizikal ini. Kelihatan kulit kulit yang sudah matang. Ermm.. entri yang metroseksual.
Bentuk muka pun sudah tidak sesegar dulu. Walaupun masa pantaa berlalu, banyak lagi yang belum tercapai. Tanggungjawab terhadap keluarga belum selesai malah masih jauh lagi. Mudahan Allah memberikan kemudahan untuk aku dan keluarga.
Berkorban demi agama dan keluarga.
Sekian
Wasalam
Thursday, April 3, 2014
Snap out
Terjaga dari mimpi, tersentap dari lamunan.
I was born to be different and I am different. It is very dissapointing and a waste of time for the past few days. Day dreaming.
But after all, sometimes is good to step out from the real life. My Life is not that easy though people always thought otherwise.
Now I am back.
Thanks Allah.
Wsalam
Monday, March 17, 2014
Thursday, March 13, 2014
Mesin Rumput
Friday, September 20, 2013
Open house 2013
Wednesday, September 18, 2013
Kursus lesen motor
18.9.2013 Rabu
Masuk kelas semula. Selepas 2008 berkursus di kuantan, sejarah berulang lagi.
Kursus kali ini lebih bersemangat sebab cikgu yang mengajar best! Pandai bagi semangat. Kalau dahulu di kuantan, cikgu sangat membosankan. Orang nak datang belajar pun tak semangat. Akibatnya L tersangkut dah 5 tahun. Sehingga lah tahun 2013 apabila L dah tak boleh nak di perbaharui.
Alkisah... motor pertama percubaan di track.
Entri kali ni sangat remaja. Kawan2 semua umur 16-24. Feel young.
Monday, September 16, 2013
2008 gila korea
2008. Umur 20 tahun.
Tahun yang penuh dengan kegilaan korea. Oleh kerana sangat terkesan dengan cerita MY GIRL lakonan lee dong wook dan lee dae hee, segala feshen nak mengikut citarasa korea.
Alahai zaman remaja. Memang seronok! Zaman mencari identiti diri.
Sekarang 2013, pengaruh korea masih lagi ada. Tapi oleh kerana peralihan zaman atau umur yang semakin meningkat dewasa, fesyen perlu kelihatan lebih matang.
2008!
Sunday, September 15, 2013
First try android app
Wednesday, March 20, 2013
Being single
When people asked about marriage;
'ko bile lagi bro???'
'Kalo ade jodoh, insha allah ade la tu..'
Only Allah knows.
If I were to die unmarried, I really hope I can find my women in the heaven. Really hope my sacrifice for them would pay off.
Tak semua apa yang kita nak kita akan dapat. Allah berikan ujian untuk kita terus bermunajat kepadanya.. Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan ku dan setiap insan di dunia..
#sapeyangtaknakkawin
Tuesday, March 19, 2013
Susah ingat nama
AdehhH!!
Sedikit perkongsian ilmu:
Thursday, March 14, 2013
Dokter 2
Ubat sapu yang dokter bagi tu ternyata kurang berkesan.. jadi aku pergi pulak ke klinik dekat ngan area umah..
Dipendekkan cerite, aku pun jumpe lah dokter tu (perempuan)..
",,,dokter, saye sakit kaki la.. "
"..kenape kaki awak?? jatuh motor? basikal?"..
"..Erkk!! (aku bermonolog). Bukan dokter.. kaki saye luke la.. mule-mule kecik je luke tu, tapi lame-lame dah besar"..
"..(aku sambung keterangan)... dokter, saya ni dah jalan macam penguin tau.. sakit betul!"
"..erm.. dokter belek-belek luke kat kaki aku, siap pegang sikit-sikit.. ok lah.. saya bagi awak antibiotik dan krim luke ea".
"ok dokter, terima kasih"..
Akhirnya, dapat gak antibiotik walaupun kos perubatan RM45.00, tapi takpelah.. berbaloi..
Waktu menunggu dokter tu panggil masuk bilik, sempat la tengok satu doa ketika nak makan ubat..

Monday, March 26, 2012
"Bang..." Part Final
Tamat
p/s: Maaf kerana sudah lama tidak mengemas kini blog
Tuesday, March 13, 2012
"Bang..." Part 2
Quote dari entry lepas,
Ini kisah lucu tapi benar. Terjadi pada aku tadi petang. Aku pergi ke Jusco Taman Universiti. Usai aku menyahut 'natural call' di gents Jusco.. Ada seorang budak lelaki (umur mungkin 9-10 tahun) menegur aku.. 'Bang, ni ada orang bagi.." ujar budak itu dalam keadaan terburu-buru. Diberikan kepada aku sekeping gumpalan kertas nota kecil. 'Hah?? Sapa yang bagi??' jawabku kebingungan sambil mengambil nota itu. 'Entah bang...' budak itu terus lari keluar dari gents meninggalkan aku tertanya-tanya... Aku pun terima je lah... dan perlahan-lahan aku buka gumpalan kertas itu... Erkkk!!! Apa di dalam nya? Hehe.... Nanti aku sambung story.. :D
Sambungan nya...
Kertas itu bukan lah bersaiz A4 ataupun A5.. tetapi seperti di bawah..
Hurmm....
Sebelum aku membuat keputusan untuk membuka lipatan kertas ini, sku tertanya-tanya, siapalah yang bagi kertas ini agaknya.. Time-time ni teringat pula proverb..
"Curiosity kills the cat"..
Ok then...
Bila aku buka kertas tu, memang aku dah agak dah..
Ada Nama dan No.Hp... Hurm... Apa aku nak buat lepas ni?? Nanti kan sambungan nya... :D
Friday, March 2, 2012
"Bang..."
Usai aku menyahut 'natural call' di gents Jusco.. Ada seorang budak lelaki (umur mungkin 9-10 tahun) menegur aku..
'Bang, ni ada orang bagi.." ujar budak itu dalam keadaan terburu-buru.
Diberikan kepada aku sekeping gumpalan kertas nota kecil.
'Hah?? Sapa yang bagi??' jawabku kebingungan sambil mengambil nota itu.
'Entah bang...' budak itu terus lari keluar dari gents meninggalkan aku tertanya-tanya...
Aku pun terima je lah... dan perlahan-lahan aku buka gumpalan kertas itu...
Erkkk!!!
Apa di dalam nya? Hehe.... Nanti aku sambung story.. :D