Tahun 2012, selepas bergelar student (semula), aku kena guna kalkulator saintifik. So tadi aku pun pergi ke kedai buku Popular kat Festival City, Setiawangsa..
Dah sampai kedai, aku pun usha-usha la kalkulator yang ada kat dalam rak cermin kaca. Macam-macam jenis ada.. Casio 3xx, 5xx dan jenama lain. Nak ambil sendiri, tak boleh sebab rak tu berkunci. Aku pun panggil la sales person untuk tolong aku. Perbualan aku dengan sales person.
Aku: I nak beli kalkulator, boleh tak u tolong I?
Sales: Okey sure...
Aku: Erm.... yang 5xx tu lagi ok kan dari 3xx? (sambil tunjuk kat rak cermin)
Sales: Yupp! 5xx ni lagi bagus.. Untuk Secondary School (upper form).
Aku: Oo... Tapi ada yang lagi bagus kan? 991 ada? (aku tanya 991 sbb tak ada kat dalam rak kaca tu).
Sales: Ada. Kat kaunter. Tapi untuk secondary school tak boleh pakai.
Aku: O... tapi I nak tengok yang 991.
Sales: 991 tu tak boleh bawa ke school la.
Aku: ??? (monolog dalaman).. Tapi.. I bukan secondary, I tengah buat master.
Sales: Ooooo! Kalau buat master memang pakai 991. Ok.. U datang kaunter.
Dah sampai kaunter,
Sales: Ini 991.. tapi yang ini lagi bagus (dia tunjuk lagi satu kalkulator yang lagi mahal). Ini yang lagi latest. Memang recommend untuk master.
Aku: Oo... ye ke? Ermm.. takpe lah, I ambil yang 991 ni je.. Nanti I beli yang lagi satu tu time I buat Phd.. (hahaha.. tergelak dalam hati).
Huhu... dah buat master pun orang ingat aku secondary schooler.... Aigooo!!!
Welcome to my life my new baby! 991