Friday, September 20, 2013

Open house 2013

Secara tiba-tiba dalam perjalanan menuju ke ukm bangi, aku mengajak rakan-rakan sekelas untuk bertandang ke rumah ku. Setelah bercuti raya, kena lah ade mase untuk lepak dan makan makan bersama. Kaedah nya setiap orang bawa makanan masing masing. Alhamdulillah.. rezeki Allah masih terbuka luas bagi kami semua. Menu malam ni. Ayam masak merah suzanne osman, ayam goreng secret recipe john pei pei, spaghetti owesome fizah, willy satay cikin hajar, cocktail divya suzanne.. tuan rumah just sdiakan air gas dan buah epal dan kek.

Apa yang penting? Kerjasama. Projek masak memasak di dapur diselangi dengan bunyi senduk dan ketawa memecah kebuntuan projek research.

Terima kasih pada semua!

John Kong, Fiza, Kak Hajar, Kak Cikin

Fiza, Kak Suzana, John Kong, Kak Cikin, Kak Hajar

Kak Suzana, Divya, Fizah

Get connected!

Wednesday, September 18, 2013

Kursus lesen motor

18.9.2013 Rabu

Masuk kelas semula. Selepas 2008 berkursus di kuantan, sejarah berulang lagi.

Kursus kali ini lebih bersemangat sebab cikgu yang mengajar best! Pandai bagi semangat. Kalau dahulu di kuantan, cikgu sangat membosankan.  Orang nak datang belajar pun tak semangat. Akibatnya L tersangkut dah 5 tahun. Sehingga lah tahun 2013 apabila L dah tak boleh nak di perbaharui. 

Alkisah... motor pertama percubaan di track.

Entri kali ni sangat remaja. Kawan2 semua umur 16-24. Feel young.

Monday, September 16, 2013

2008 gila korea

2008. Umur 20 tahun.

Tahun yang penuh dengan kegilaan korea. Oleh kerana sangat terkesan dengan cerita MY GIRL lakonan lee dong wook dan lee dae hee, segala feshen nak mengikut citarasa korea.

Alahai zaman remaja. Memang seronok! Zaman mencari identiti diri.

Sekarang 2013, pengaruh korea masih lagi ada. Tapi oleh kerana peralihan zaman atau umur yang semakin meningkat dewasa, fesyen perlu kelihatan lebih matang.

2008!

Sunday, September 15, 2013

First try android app

Percubaan pertama kali post blog menggunakan android app.
Terima kasih android dengan kemudahan ini.