Saturday, November 24, 2012

Kalkulator

Sejurus lepas grad 2011, kalkulator saintifik yang aku guna selama 6 tahun pun menamatkan riwayatnya.. ROSAK. Sejak hari itu, aku dah tak guna lagi kalkulator saintifik sebab bidang pekerjaan tak memaksa aku untuk guna saintifik kalkulator.

Tahun 2012, selepas bergelar student (semula), aku kena guna kalkulator saintifik. So tadi aku pun pergi ke kedai buku Popular kat Festival City, Setiawangsa..


Dah sampai kedai, aku pun usha-usha la kalkulator yang ada kat dalam rak cermin kaca. Macam-macam jenis ada.. Casio 3xx, 5xx dan jenama lain. Nak ambil sendiri, tak boleh sebab rak tu berkunci. Aku pun panggil la sales person untuk tolong aku. Perbualan aku dengan sales person.

Aku: I nak beli kalkulator, boleh tak u tolong I?
Sales: Okey sure...
Aku: Erm.... yang 5xx tu lagi ok kan dari 3xx? (sambil tunjuk kat rak cermin)
Sales: Yupp! 5xx ni lagi bagus.. Untuk Secondary School (upper form).
Aku: Oo... Tapi ada yang lagi bagus kan? 991 ada? (aku tanya 991 sbb tak ada kat dalam rak kaca tu).
Sales: Ada. Kat kaunter. Tapi untuk secondary school tak boleh pakai.
Aku: O... tapi I nak tengok yang 991.
Sales: 991 tu tak boleh bawa ke school la.
Aku: ??? (monolog dalaman).. Tapi.. I bukan secondary, I tengah buat master.
Sales: Ooooo! Kalau buat master memang pakai 991. Ok.. U datang kaunter.

Dah sampai kaunter,

Sales: Ini 991.. tapi yang ini lagi bagus (dia tunjuk lagi satu kalkulator yang lagi mahal).  Ini yang lagi latest. Memang recommend untuk master.
Aku: Oo... ye ke? Ermm.. takpe lah, I ambil yang 991 ni je.. Nanti I beli yang lagi satu tu time I buat Phd.. (hahaha.. tergelak dalam hati).

Huhu... dah buat master pun orang ingat aku secondary schooler.... Aigooo!!!
Welcome to my life my new baby! 991

Sunday, November 18, 2012

Will be missing you

To whom it may concern....

 
 
This song is dedicated for you..

p/s: May Allah guides us always and forever.. Ameen

Tuesday, November 13, 2012

Accumulated

Sejak 1st day masuk kelas, dah dapat 3 esaimen dari seorang lecturer.. Skarang dah minggu ke-9.. (cube kira 3 x 9 = ???). Dengan kaedah penangguhan esaimen hinggalah ke 'due date', akhirnya berjayalah mengumpul sebanyak-banyak esaimen untuk disiapkan dalam masa 3 minggu..

Belum termasuk group esaimen yang harus dihantar bersama... Walaupun sudah di asak/ paksa/ msg berkali-kali untuk menghantar my part of esaimen, tapi still tak berkesan.. Kemalasan tahap dewa naga mungkin.

Bulan November adalah nightmare!

Monday, October 15, 2012

Suka kacau...

Kalau tengok budak-budak, mesti gerammm! Bukan geram sebab marah @ budak tu nakal, tapi geram tgk budak2 yang innocent ni.. Hehe... Rase cam nak culik sorang letak kat rumah. Sewa rumah sorang-sorang memang sunyi dan sepi.. Especially bila dah terbiasa dengan rumah yang ramai orang..
Bila tengok anak orang, teringat pulak pada adik sendiri.. Terus jadi homesick (ermm... umur2 camni boleh lagik ke nak homesick??) Bila jumpe budak-budak yang jalan2 kat kawasan rumah, ade je tangan ni yang menggatal nak kacau.. sorry ye adik2 yg terkena.. hehe.. gurau2 manja..

Mungkin kah ini adalah simptom2 nak kawen?? tettttt!!

Sunday, October 14, 2012

Rezeki dari Allah...

Alhamdulillah..  Rezeki datang daripada Allah..

Yang penting, kita kene sentiasa bersyukur dan jangan sesekali berasa bangga dengan apa yang kita dapat..(pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan)...

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (surah ibrahim, ayat 7)


Friday, October 12, 2012

New update MASTER

Sekian lame tak menulis blog, tibe-tibe hari ini mendapat hidayah untuk menulis.. So, penulisan kali ini tentang level of study, MASTER..

Well, semua org ade keinginan nak sambung master kan? But tak semua dapat peluang tu. Mungkin sebab faktor-faktor personal atau persekitaran. Ape yg nak share kat sini, pilihan pengajian untuk master, pemilihan universiti...

Apabila kita nak sambung master, of course la kita expect yg terbaik utk diri kita.. In term of universiti terkemuka, lecturers, methodology of study yang berkesan dan yg paling paling paling penting ialah sistem pengurusan universiti yg bagus. Of kos la tak dilupakan, subject study yg berkaitan..

Ermm... berdasarkan pengalaman sendiri, kadang-kadang berasa tertipu dgn sebuah IPTA tempatan. Bila baca profile dan background course yg ditawarkan, macam menarik.. Plus di momokkan dengan cerita2 yg bagus oleh se-sestgh pihak dan melihat kepada pengalaman universiti yg dah lama menawarkan course tersebut. Org kata, bile universiti dah lama ni, bagus sket sbb banyak pengalaman.. (itu org kata ok). Tambahan, utk diri sendiri, aku mmg ade high expectation la pada IPTA yg dah established ni.. ye la.. dulu degree, now master level.. in term of study mmg la expect nak belajar in details kan..

Unfortunately.. ternyata.. INDAH KHABAR DARI RUPAA!!!... kenapa?

1.Tibe-tibe batch aku menjadi guinea-pig sbab IPTA ni mengambil student dari different2 background and yang paling mengejutkan ade yg tak de kaitannn langsunggg dgn kos yg ditawarkan!!!.. So, lecturers terpaksa la mengajar semula seperti undergrad sbb if ajar advance, takut 'guinea pig-guinea pig' ni tak dapat ikut.. sapa mangsanya??? Sah2  la student2 yg tak berdosa kan!... Part yang paling best, ade satu kelas tu lecturer siap ckp, "I nak tengok u all boleh bawa ke tak course ni, kalau boleh, next time I ambil lagi"... Kalau la aku kat tmpat budak2 ni, konfem aku chowww dahhh! Nak experiment pon agak2 la kan.. ini melibatkan masa depann kottt!

2. Sistem pengurusan yang sangat kelam kabut! Why? can u all imagine, dah masuk week ke 6 study, kelas yang paling penting baru ada sekali.. the rest, they keep on canceling the class.. Dah la tu, penah terjadi, bila kita dah smpai kelas, tibe2 kelas cancelll.. sebab?? Lecturer ade lab dgn budak undergrad. What the heckkk!!!! IPTA ni buat jadual macam mane ea?? main tangkap muat je ke? Kompiusss!!

3. Ade satu kelas yang penting (tak perlu lah mention topik ape).. Boleh pulak digabung-jalinkan dengan budak2 undergrad... aduhhhh!! Bukanlah nak membezakan undergrad dan master, tp lau dah master, takkan la level pengajarannya sama kan? mestilah go in deep... Unlike undergrad, blaja surface dah cukup dah...

Well.. cukup la kot cerita ttg master utk kali ni... Pengajarannya.. kalau nak buat master, tak payah lah buat coursework kat IPTA tempatan (untuk sesetengah kos la).. pergilah merantau.. Ok Sekian.. ADIOS!

Thursday, September 20, 2012

Indahnya...

Indahnya persahabatan kalau bertemu dan berpisah kerana Allah... :)