Monday, August 30, 2010

Bengang dengan Kedai MELAYU

Huhu.. hari ni agak bengang bila niat yg baik 'ditukar' jadi kureng baik! Huh!!

Tadi aku pergi ke satu kedai fotostat ni, milik org melayu.. walaupun caj fotostat tu agak mahal compared dgn 'kedai2 yg lain', tapi aku tak kisah la sbb nak tolong orang melayu...

So... time nak bayar, aku hulur la sekeping duit RM50.00 sebab aku kene bayar RM10. (dalam wallet memang ada RM50 jer).. Then budak kedai tu (staff baru agaknya) pon ckp tak da duit kecik.. aku pun bagi la tau yang memang RM50 je aku ada..

Ada 4 part yang buat aku bengang!

Part 1

Budak kedai tu boleh plak dengan selamba suruh aku pergi TUKAR DUIT kat kedai sebelah.. Cisss!! hello...! Im your customer k!

Part 2

Aku pon gune psychology kat budak ni... aku ckp nak jumpa boss.. then dia replied..
"Pergilah bagi tahu bos, dia ada kat blakang"...

Bertambah-tambah bengang aku!! So, aku pon pergi nak report kat boss kedai tu.. Then, budak tu stop aku, and dia sendiri pergi kedai sebelah tukar duit.. Hah! Tau pun menggelabah!!

Part 3

Kedai sebelah ckp tak da duit tukar (Fuhh! nasib baik aku refuse nak tukar kat kedai sebelah).. pastu budak ni boleh plak bagi aku arahan..

'awak pergilah beli apa-apa barang kat kedai sebelah'..

Aku ckp yg aku tak nak beli apa2 barang pun.. nanti lari pulak bajet pastu ada risiko untuk aku bengang ngan kedai sebelah.

Part 4

Pastu aku tanya dia semula..
'Abes tu macam mana ni??'

Dia pun dgn muka selamba ckp:
'Ntah.. manalah saya tahu...'

Huhu... 'Sengal' betul staff ni..

Lastly aku pun ckp kat dia.. aku tinggal je dulu brg yg aku fotostat kat situ.. nanti dah ada duit pecah aku datang amik... aku terus belah dari kedai tu dalam keadaan bengang!

Sure aku tak akan amek barang aku tuh... Servis hampeh!.. baik aku pegi kedai lain! Takziah pada kedai tu sbb anda dah kehilangan 1 pelanggan tetap..

Untuk pengusaha-pengusaha kedai, sila pastikan anda dan staff anda mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik. Terima kasih

p/s: bulan2 puasa ni, kene banyakkan bersabar...



1 comment:

3p4h said...

Ssungguhnya aku berpuasa, bersabar la ya... [emosi di kala bulan puasa] =)