Thursday, October 6, 2011

Review story: Whats your number?

Selasa 9.00 malam MidValley GSC

Aku berkesempatan untuk menonton (secara percuma) cerita 'Whats your number' dengan En.Haz.


Tema cerita ini adalah SEKS. Ianya mengisahkan seorang perempuan (Anna Faris) yang aktif dalam hubungan seks dengan pasangan lelaki yang berbeza.

Seks digambarkan sebagai perkara normal bagi seorang wanita. Bertukar-tukar pasangan seks (sebelum berkahwin) juga tidak menjadi masalah malah sesuatu yang membanggakan. Perbualan harian sering kali berkisarkan tentang seks.


Aku sangat risau sekiranya remaja atau masyarakat kita (yang tidak matang) akan terpengaruh dengan budaya seks yang dipaparkan dalam cerita ini.

Barat oh Barat!



Tuesday, October 4, 2011

Sunday, October 2, 2011

Kerana RM5

Oleh kerana kos sara hidup meningkat, manusia lebih memilih untuk membeli pada harga murah lebih-lebih lagi apabila adanya promosi. Kualiti tidak lagi menjadi keutamaan. Penjimatan kos.

Namun, malang sekali apabila aku melihat perbuatan manusia yang seperti sudah hilang pertimbangan dek kerana duit dan promosi. Beberapa hari lepas, aku sempat menyaksikan telatah manusia yang tidak ubah seperti 'lalat menghurung tahi' [analogi spontan En.E]. Lalat itu aku merujuk pada manusia yang tidak bersifat manusia. Kerana promosi setiap barang bernilai RM 5, nilai-nilai murni terus lenyap dan hilang.

Ramai manusia kini sudah buta dengan dunia. Malah, ada yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Lebih malang apabila ada yang terlupa bahawa dunia ini adalah tumpangan sementara.

Huhuuuu~.. Manusia oh manusia.