Tuesday, January 15, 2013

Mungkin semakin hampir..

Perkara yang paling hampir dengan kita ialah MATI. Ya, kita mungkin akan mati pada bila-bila masa sahaja.

Kehidupan di dunia penuh dengan mehna dan tribulasi yang tidak menentu.. Kita sering kali mengharap agar langit sentiasa cerah, hakikatnya Allah ciptakan hujan untuk kita sentiasa bermuhasabah. Hikmah keterbatasan manusia untuk melihat masa depan adalah untuk kita bergantung harap pada Allah kerana Dia lah sebaik-baik penentu dalam apa jua keadaan sekalipun.
Walaupun hari ini kita menangis bagai tiada esok hari, Allah masih lagi memberikan kita masa untuk kita terus hidup. Mengapa? Allah maha mengetahui.

Permulaan 2013 yang diharapkan memberikan kebahagiaan, tidak semudah seperti yang dirancang. Malah sebaliknya. Seorang demi seorang pergi / ingin pergi dari hidup aku. Bukan mudah untuk melepaskan orang yang kita sayang. Tapi, siapalah diri kita untuk mengikat mereka. Sedangkan pantai berubah, inikan pula hati manusia.

Dalam kubur pun kita bersendirian kan?

Wassalam

-pena putih






No comments: