Sunday, September 11, 2022

Post Mantan VC UiTM

Jangan terlalu kesal dengan masa lalu. Anda hanya membuang masa. Setiap perkara yang berlaku, setiap kesilapan, setiap kelemahan dan setiap perkara buruk yang berlaku pada anda, ada hikmahya. Ambil pengajaran dan belajar dari kesilapan. 

Anda akan dihormati andai anda belajar menghormati orang lain. 

Perkara terbaik yang berlaku apabila dikelilingi orang-orang yang hebat bukan dari apa yang kita dapat dari mereka. Tetapi perubahan (baik) yang jadi kepada kita disebabkan mereka. Itulah kelebihannya persahabatan. 

Penjara yang paling menyiksakan dalam dunia adalah rumah tanpa keamanan dan cinta. Hati-hati dengan siapa anda jatuh cinta dan pilih sebagai teman hidup. 

Ucapan selamat pagi tidak hanya bermakna mengucapkan selamat pagi. Ia membawa mesej tersirat bahawa seseorang menyatakan bahawa mereka mengingati anda ketika bangun dan memulakan hari baru. 

Anda tidak akan kelihatan cukup baik untuk semua orang, tetapi anda akan sentiasa jadi yang terbaik untuk seseorang yang sangat menghargai anda. 

Anda perlu mempunyai minda yang kuat di kala anda jatuh. Kerana di saat ini mungkin ada orang lain yang akan menjauhi anda. Tapi anda perlu bangkit semula dan cuba mengatur langkah dengan lebih baik demi masa depan anda sendiri. 

Minda anda adalah perkara yang berkuasa. Apabila anda mengisinya dengan berfikiran positif, hidup anda akan mula berubah.

Teman sejati adakah mereka yang masih setia bersama dikala anda susah, bukan mereka yang datang hanya ketika saat anda senang dan bahagia. Teman setia tidak hanya mengambil kira kelebihan, tetapi juga menerima kekurangan anda. Mereka menerima anda seadanya. 

Orang yang murah mengukir senyuman cenderung membuatkan orang lain lembut hati dan melayani mereka dengan baik. Jadi ambillah hati orang lain dengan berkongsi senyuman anda. 

Jangan lupa senyum hari ini. Walaupun kadang kala realiti tidak seperti yang kita harapan.

Perbetulkan kesilapan, itu lebih baik dari pertelingkahan yang panjang. Dan senyap itu lebih baik dari berkata-kata kosong atau mengucapkan kata-kata yang mengguris hati orang lain. 

Kehidupan adalah mengenai tiga
perkara: Menang, Kehilangan & Perkongsian.
Memenangi hati orang lain,
Kehilangan sesuatu/seseorang dan
Berkongsi detik-detik gembira.

Dalam setiap hari, mungkin ada hari yang tidak baik, namun hidup harus diteruskan. 
Tidak semua orang yang anda sayang akan menyayangi anda kembali, tetapi tidak perlulah bermusuhan. 
Tidak semua orang akan memberitahu
anda kebenaran, namun anda harus jujur. Tidak semua perkara adil untuk anda, namun anda harus bersikap adil.

Cabaran hidup sudah cukup sukar dan perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza. Anda tidak tahu apa yang seseorang sedang lalui. Jadilah seseorang yang baik dan bertimbang rasa. 

Kadangkala, tidak perlu marah dan kata-kata. Tingkahlaku dan sikap seseorang terhadap anda, adalah jawapan yang anda perlukan. 

Dulu kita selalu suruh orang positif dan kekal positif. Sekarang sudah terbalik. Zaman sekarang waktu pandemik, kita berharap orang ramai negatif dan kekal negatif.
Ketika kita melihat garisan berkembar di jalan raya bermakna tidak boleh memotong. Kita harus kekal di lorong yang sama. Tetapi sekarang, garis berkembar bermakna duduk di rumah.

Hubungan yang sempurna bukan bermakna anda tidak berasa marah, kecewa atau sakit hati antara satu sama lain. Ia bermakna berapa pantas anda menyelesaikannya perselisihan dan pulih seperti biasa.

No comments: