Baru perasan betapa post-post sebelum ini kurang unsur-unsur emosi.. berbanding ketika menjalankan latihan praktikel di Hospital Selayang, hampir hari-hari jiwa kacau .. Mungkin praktikel di PPUM lebih menenangkan dan minda di isi ilmu-ilmu baru yang dipelajari.. So, tiada ruang untuk beremosi.. (Tiada niat untuk memburukkan mana-mana hospital ye, sila baca entri sampai habis).. Tambahan, 'rakan-rakan' pula semakin ada kemajuan soft skill untuk bersosial.. satu perkara yang bagus (tapi masih lagi boleh di improve).
So, entri kali ni just nak share a few things to my friends dan adik-adik yang menjalani atau akan menjalani latihan praktikel...
1. Setiap tempat latihan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, gunakanlah kelebihan dan kekurangan tersebut sebagai panduan apabila kalian menjadi seorang dietitian kelak atau apa-apa bidang pekerjaan sekalipun (mungkin ada yang tidak berminat utk menjadi dietitian).
2. Apabila sudah praktikel di satu tempat yang dikatakan 'bagus', usah membangga diri!.. Kongsi lah ilmu tersebut dengan rakan-rakan anda. Mungkin ada di antara kita yang kurang bernasib baik kerana mendapat tempat praktikel yang kurengg. . Paling penting, "Jangan ingat kau tu bagus sangat!!" (dengan emosi..)
3. Ilmu teori dan praktikel perlulah bergerak seiring. Teori sememangnya teramat penting. Tanpa teori yang bagus, kemungkinan praktikel boleh jadi agak kelam-kabut. Praktikel hari-hari hanya untuk memahirkan diri dalam mengaplikasi ilmu yang dipelajari di kelas. Kalo tak der ilmu, camna nak praktikel kann??? Ada juga saya jumpa student yang teori nya power habis, tapi bila praktikel... alahai.. nak pegang patient pun takut-takut.. macam mana tu?? huuu~ sesuatu yg boleh kita fikirkan..
4. Soft skill sangat penting!!.. Siapa yang suka duduk kat bilik, tidak bersosial (maksudnya tidak suka berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, orang tua, remaja dan etc.), anda perlu lakukan sesuatu!... Sila berubah!
5. Untuk golongan muslimah dan muslim yang 'teramat menjaga mualamat' seperti.. tak boleh pegang patient lelaki, tak boleh cakap dengan patient perempuan.. mungkin anda perlu fikirkan profession yang lain.. Sekadar cadangan.. Kerana, apabila kalian praktikel, sudah pasti akan berdepan dengan pelbagai jenis jantina (lelaki, perempuan, bapuk, penkid pun ada!).. haha
Tu je lah pesanan untuk kalian semua.. semoga berjaya menghabiskan sesi pembelajaran.. =)
p/s: Maaf sekiranya entri ini membuatkan anda terasa hati.. Hanya berkongsi ilmu dan nasihat berdasarkan pengalaman praktikel yang tidak seberapa.. Ambil yang jernih, letak tepi yang keruh.. I am str8 to da point ok.. Dah penat berkias-kias..
Sekian..........