Wednesday, August 10, 2011

Aku terima..

Setelah struggle untuk mendapatkan tempat di XXX, finally aku terpaksa terima. Memang disitu bukan rezeki aku... Tetapi aku masih berpuas hati kerana telah berusaha sehabisnya bermula dari peringkat bawahan sehinggalah atasan.. Pasrah..

Dalam masa yang sama, aku juga menerima tawaran sebagai YYY disebuah institusi perubatan. Gaji tidak seberapa (tidak seperti yang aku inginkan).. Waktu kerja 6.30 pagi sehingga 5.30 petang. Job scope usah cerita, memang banyak. Di negeri orang. Terima atau tidak? Terima je lah.. Aduhh...

Perancangan asal memang meleset! Tidak pernah terfikir untuk bekerja sebagai YYY. Tetapi apakan daya.. Allah menentukan yang terbaik untuk hamba-Nya. Allah berfirman,

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Mencari pengalaman bagi meningkatkan prestasi, menambah ilmu dan value diri. Mengharapkan rahmat dari Ilahi.. Mudah-mudahan kita semua diberkati.

p/s: Tidak ingin menjadi seperti kacang lupakan kulit.

2 comments:

3p4h said...

Tahniah bro. Dgr cite, scenery umah sewa menarik. Bole layan sungai dgn limpahan chya wrna wrni. All da best wif ur new job!


p/s: Boleh jadi apa yg kita xsuka tu terbaik utk kita. Yakin pada-NYA!

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid said...

Scenary mmg menarik bro! Shud bring ur DSLR if u wanna come. hehe... So i can take pics too.. hee~

Kerja as catering dietitian.. adehh!