Apabila berbicara tentang Halal, kebanyakkan orang akan memikirkan tentang khinzir (lebih popular sebagai babi) dan sembelihan. Itu sahaja.
Aku berpeluang berbincang tentang isu ini dengan seorang pekerja Halal Executive Program, En.Epah, sewaktu nyamuk liar sedang sibuk mencari mangsanya. Bayu malam turut menyelubungi tubuh tatkala jam menunujukkan 1.30 pagi.
Tiba-tiba, sedang aku cuba menahan mata dari terpejam, En.Epah mengajukan soalan cepumas kepada aku:
En.Epah: Ok.. Aku bagi kau satu situasi.
Aku: Apa dia?
En.Epah: Ada dua kedai. Satu kedai Ah Seng dan satu kedai Pak Mat. Kedai Ah Seng ada logo Halal manakala kedai Pak Mat tak ada. Mana satu kau akan pergi??
Aku: Err.... Speechless
Selepas itu, kami teruskan perbualan tentang Halal sehinggalah masing-masingmati seketika .
Pada aku, tuntutan mencari makanan yang Halal itu WAJIB. Menyebarkan ilmu dan kefahaman tentang Halal itu PERLU. Adalah menjadi tanggungjawab orang-orang yang berilmu untuk menyebarkan dan membetulkan fahaman songsang segelintir masyarakat lama atau moden tentang Halal.
Aku berpeluang berbincang tentang isu ini dengan seorang pekerja Halal Executive Program, En.Epah, sewaktu nyamuk liar sedang sibuk mencari mangsanya. Bayu malam turut menyelubungi tubuh tatkala jam menunujukkan 1.30 pagi.
Tiba-tiba, sedang aku cuba menahan mata dari terpejam, En.Epah mengajukan soalan cepumas kepada aku:
En.Epah: Ok.. Aku bagi kau satu situasi.
Aku: Apa dia?
En.Epah: Ada dua kedai. Satu kedai Ah Seng dan satu kedai Pak Mat. Kedai Ah Seng ada logo Halal manakala kedai Pak Mat tak ada. Mana satu kau akan pergi??
Aku: Err.... Speechless
Selepas itu, kami teruskan perbualan tentang Halal sehinggalah masing-masing
Pada aku, tuntutan mencari makanan yang Halal itu WAJIB. Menyebarkan ilmu dan kefahaman tentang Halal itu PERLU. Adalah menjadi tanggungjawab orang-orang yang berilmu untuk menyebarkan dan membetulkan fahaman songsang segelintir masyarakat lama atau moden tentang Halal.
Allah berfirman:
"Wahai sekalian manusia!, makanlah daripada apa yang ada dibumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang dan nyata bagi kamu"
(Surah Al-Baqarah: 168)
Ada yang ingin berbisnes memberikan konsultasi tentang Halal. Peringatan aku kepada golongan ini, janganlah kerana terlalu inginkan duit, kita terlupa akan tanggungjawab sesama Muslim.
No comments:
Post a Comment