Cerita tentang Melayu, ada saja yang negatif. Perkara positif jarang sekali kita dengar. Apakah Melayu kini sudah layu?
Manusia tidak pernah sempurna. Begitu juga Melayu. Tetapi, haruslah berusaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Aku bukanlah seorang pengkritik yang lantang bersuara di khalayak ramai. Tetapi, cukuplah sekadar aku sedar dan berusaha untuk membantu bangsa sendiri.
Satu penyakit Melayu yang aku sedar ialah MALU. Memang Melayu sangat terkenal dengan sifat malu. Malu dengan Allah untuk membuat maksiat memang dituntut! Aku setuju!. Tapi, amat rugi apabila Melayu selalu terkebalakang oleh kerana sifat malunya.
Aku maksudkan Malu untuk bertanya.
Aku maksudkan Malu untuk bertanya.
Lihat sahaja situasi di dalam kelas, pabila ditanya seorang guru kepada murid-muridnya,
"Ada apa-apa soalan?" Pasti keadaan kelas akan sunyi seketika. Itu keadaan di Malaysia. Berbanding di negara Barat (bukan maksudku untuk berbangga dengan negara penjajah ini, tapi sekadar mengambil nilai-nilai positif dari mereka), murid-murid sangat aktif dan bebas menyuarakan soalan mahupun pandangan tentang sesuatu perkara.
Aku merasakan keluarga adalah punca utama perkara ini berlaku. Dari aspek psikologi, umur kanak-kanak (sehingga umur 12 tahun) adalah tempoh umur yang kritikal untuk pembentukan karakter diri seseorang. Dalam tempoh ini semangat ingin tahu mereka sangat menebal dan akan bertanya apa jua tindakan orang dewasa terutamanya ibu dan bapa mereka. Namun, malang sekali kepada anak-anak apabila ibu bapa acap mengabaikan malah ada juga yang memarahi anak-anak kerana pertanyaan.
"Haisshhh!! Jangan sibuk nak tahu, ini hal orang-orang tua"
"Banyak sangat tanya la kau ni, ikut je lah apa yang orang tua cakap"
"Kau jangan tanya kenapa, kami tahu apa yang terbaik utk kau"
"Dah diam! Pergi baca buku"
"Banyak sangat tanya la kau ni, ikut je lah apa yang orang tua cakap"
"Kau jangan tanya kenapa, kami tahu apa yang terbaik utk kau"
"Dah diam! Pergi baca buku"
Lama-kelamaan, tertutup semangat anak-anak yang mulanya berani ingin bertanya. Akhirnya, Lahirlah ribuan MELAYU PAK TURUT...
Melayu oh Melayu.
Penulis juga seorang Melayu. Ingin melihat perubahan pada bangsa sendiri. Sekian
Melayu oh Melayu.
Penulis juga seorang Melayu. Ingin melihat perubahan pada bangsa sendiri. Sekian
No comments:
Post a Comment