Naluri seorang manusia. SOMBONG... Tidak terkecuali kepada sesiapa melainkan kepada yang sentiasa beringat kepada Allah dan yakin bahawa segala anugerah dan rezeki yang Allah berikan ini hanyalah pinjaman dunia..
Sering kali aku melihat gelagat dan telatah manusia yang sombong setelah diberikan pangkat, jawatan mahupun harta. Setelah bergelar Datuk, Prof., Dr., belajar di oversea, pakai kereta mewah, atau apa-apa sahaja yang memberikan kelebihan kepada mereka, mulalah lupa diri. Kawan-kawan lama, staf-staf bawahan hatta cleaner pun hanya dipandang sebelah mata! RIAK.
Tidakkah mereka ingat Allah telah berfirman:
"Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung" Surah Al-Isra': 7
Aku katakan ini naluri kerana Allah telah pun menjelaskan dalam Al-Quran dan Dia tahu sifat manusia ini yang sombong, lantas diturunkan ayat ini sebagai peringatan untuk sekalian mahluk.
Mudah-mudahan kita semua tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit atau habis madu sepah dibuang. Sebaliknya menjadi seperti resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk.
Ya Allah... selamatkanlah dan lindungilah hati ini dari sifat sombong.. Ameen..
p/s: Inspirasi menuju tahun 2012...
1 comment:
berdoalah selalu moga mereka yg sombong dikembalikan hidayah. bak kata seorang perunding motivasi, orang yang sombong biasanya yang tidak puas dengan nikmat yg diberi..
moga kita dijauhkan dr sifat mazmumah itu
Post a Comment