Monday, June 6, 2022

1st mini reunion peers 6.6.2022

Short posting

Mini reunion group peers. Tak ramai, just 3 of us, but we spent quality time together, reminscing the good old days and future undertakings. 

Me, Husaini (lawyer), haziq (architect)

Me

Hope ukhuwah remain forever. 

آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ 

Friday, June 3, 2022

Rajuk

Post ni sekadar meluahkan perasaan sahaja. 

Secara prinsipnya, saya percaya kita buat baik pada sesiapa sahaja bukan sebab kita nak balasan yang sama dari orang tersebut. Tapi sebab kita sayang sesama manusia.. 

Lebih-lebih lagi pada sahabat yang kita anggap sebagai kawan baik kita. Saya ada beberapa kawan yang saya anggap rapat dan baik pada saya. Saya sayang kawan-kawan saya. Kalau boleh setiap hari saya bertanya khabar  supaya saya menghargai masa yang ada selagi masih bernyawa. Cukup sekali saya menyesal sebab kehilangan kawan atau kakak angkat saya secara mengejut. Ralat sungguh perasaan sebab tak selalu berhubung dan bertanya khabar. Alasannya, sebab masing-masing sibuk dengan hal dunia sehinggakan saya terlupa untuk menghargai setiap nyawa yang dekat di hati saya. 

Tapi saya cuma manusia biasa. Ada kalanya saya kecewa atau kadang-kadang rasa tak dihargai... apabila setiap mesej saya tidak dijawab malah dibiarkan tergantung. Sedangkan status online. Barangkali sibuk mungkin sahabat saya ini. Jika sekali dua, boleh saya terima. Malangnya, setiap kali begitu. Dan saya perasan mesej saya di mutekan bahkan dimasukkan dalam archive. Sentap juga rasanya.. 


Memang benar kata orang, walaupun kita sayang seseorang tu, tak semestinya orang itu akan sayang dan hargai kita. Saya belajar sesuatu dari hal ini. Kita mungkin bukan sesiapa di mata orang, apatah lagi dianggap sebagai sahabat... 


Saya rasa ada perlunya hubungan sahabat itu saling memberi. Bukan hanya sebelah pihak sahaja yang menghargai. 

Luahan perasaan.

😁

Thursday, June 2, 2022

Bengkel Penulisan Fakulti

30,31 May - 1 Jun 2022

Fakulti dibawah pejabat penyelidikan dan inovasi telah menganjurkan bengkel penulisan untuk semua staf dari beberapa pusat pengajian di fakulti. 

Oleh kerana program ni wajib, jadi aku pun bermusafir 3 hari 2 malam di Avillion Port Dickson.

Dah lama tak menghadiri mana-mana bengkel sepanjang musim PKP dan cuti belajar. Ni bengkel pertama yang aku join dan berpisah dengan keluarga. Memang berat hati nak ke bengkel, tapi tuntutan kerja. Dan bukan aku sahaja yang kena tinggalkan keluarga, ada juga kawan-kawan yang terpaksa tinggalkan baby. 

Aku datang bengkel ni dengan macam-macam harapan.. 
1. Aku nak tenangkan sikit fikiran yang kusut.. banyak masalah dekat rumah dan office. Aku stress dan depressed. Mungkin salah satu sebab aku dah lama tak bercuti.. jadi kali ni aku nak releasekan sikit tekanan yang ada.. alhamdulillah.. dapatlah juga kurangkan dan ambil mood baru.  Macam kita tekan reset button. 

2. Aku nak relax dan chill dengan kawan-kawan.. Yelah.. semenjak kahwin, masa melepak dengan kawan-kawan sangat kurang. Banyak masa bersama dengan keluarga. Jadi , aku ambil sikit masa ni untuk mengeratkan semula hubungan dengam kawan-kawan.. aku tak ramai kawan di fakulti.. hanya beberapa sahaja.. aku sayang kawan-kawan aku.. cuma.. ramai yang masih single mingle lagi... Dalam gambar antara kawan yang aku paling sayang.. zamir, dan nazri..

Dari kiri: Zamir, nazri , aku
3. Nak enjoy! Ya. Nak enjoy sebab semua ditanggung fakulti.. chalet, makan dan semuanya free! Bukan senang ya nak ada orang sponsor.. maklumlah, aku ni ikan bilis je di fakulti.. siapalah nak layan aku kan.. 

Ni gambar rakan-rakan sekerja di jabatan.
Sebetulnya aku jeles juga dengan pencapaian kawan-kawan aku... semua ada gelaran Dr. dan ada yang dah naik Prof. Madya. Umur lebih kurang aku je.. Alhamdulillah rezeki kawan-kawan... jeles aku bukan aku tak nak diorang lebih berjaya, tapi aku nak berjaya juga macam diorang. Doakan aku ya... 

Siapa yang kenal aku, aku memang seorang yang goal-driven, dan perfectionist. Tapi... menjadi suami dan anak-anak mengajar aku untuk menjadi lebih fleksibel dan redha je dengan apa yang aku lalui.. nanti aku post tentang aku yang tertekan akibat PKP dan keadaan yang against working style aku.

Aku happy sedikitlah balik dari bengkel. Dapat semangat baru... tapi ada benda yang menyebabkan aku risau. Nak tau? Nanti aku kongsikan. (Banyak pulak yang nak kongsi ni)

Tu je lah coretan aku. 

Sekian




Friday, May 27, 2022

Raya puasa 6 Syawal 1443

Alhamdulillah.. hari ini 27.05.2022, Jumaat, selesai sudah puasa 6 Syawal, 25 Syawal 1443H. Jadi untuk hari puasa terakhir, saya berangan nak makan yang best best dekat SCM dengan family... 

Nak jadikan cerita, sampai SCM jam 7.18pm.. ngam-ngam waktu berbuka puasa. Saya pun berbuka seadanya dalam kereta. Kemudian menuju ke surau SCM untuk solat maghrib.. 

Teringin nak makan Dakgalbi (Dak).. jadi saya dan keluarga pun menuju ke restoran Dak. Berjalan dari hujung Timur ke hujung Barat.. singgah kejap di llao yogurt ice cream. Saja nak try first time.. boleh la tahan sedapnya dengan harganya pun agak mahal pada saya.. lepas tu, sambung berjalan ke Dak. tapi malangnya.. sampai di Dak, restoran penuh pula. Aduh.. dah lah berjalan jauh.. jadi saya patah balik ke ruang utama baru SCM, dan makan di Dolly Dimsum.. pertama kali makan disini. Jadi excited la nak try macam² menu. Harganya level-level kayangan ye (menurut saya).. 

Dari kiri Rahim, Rahman, dan saya.

Dipendekkan cerita, saya order dimsum, wantan, mee, desert, mee cina.. dan air teh.  Harga semuanya RM130.00.. adeh. Sekali makan pun ratusan. Tapi takpa lah.  Tak selalu.. lagipun bawa sekali keluarga makan sama.. rasa makanan di Dolly boleh la.. cuma masakan Cina ni kurang kena pada masanya.. saya nak makan yang pedas².. tapi makanan cina mana la ada yang pedas² sangat kan. Sorry tiada pula gambar Dolly food.  

Begitulah kisah akhir puasa Syawal saya tahun 2022. Semoga dapatlah berkat puasa untuk bekalan saya di sana nanti... آَمِيـٍـِـنْ 
... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ 



Sunday, May 22, 2022

Shopping di Tesco PALAM

Shopping di Tesco almost RM200!

Barang sekarang harganya memang mahal. 
Beli 4 pack susu, 2 pack beras 5kg, 4 kotak susu 1L, dan roti... 

Tukar plan dari Celcom ke Maxis.  CELCOM selalu bagi mesej servis dan internet interruption. Ada tempat yang slow line Celcom. Maxis lebih stabil di HP note10 ni... 

Selamat tinggal Celcom. Thanks for your service. 

🥰🥰

Back again

Stress dengan kehidupan sekarang.. kerja bertambah banyak, keluarga diuji sakit.. 

Saturday, January 17, 2015

She is married

She was my first crush.. She was there when Im lost.. She was there when I m sad.. She was there at all time.. She even sent me to the clinic in the middle of the night. But now she will not be there anymore.. Though it was hard for me at first to accept the fact that she is now married but I am nobody to against God's will. 

I hope she is now happy and have a good family.. I believe she will be a good wife and mother. May Allah granted her and family with sakinah mawaddah wa rahmah.. ameen...

All the good memories will remain till my last breath... Thanks for being there once in my life..


Life must go on!