Thursday, June 2, 2022

Bengkel Penulisan Fakulti

30,31 May - 1 Jun 2022

Fakulti dibawah pejabat penyelidikan dan inovasi telah menganjurkan bengkel penulisan untuk semua staf dari beberapa pusat pengajian di fakulti. 

Oleh kerana program ni wajib, jadi aku pun bermusafir 3 hari 2 malam di Avillion Port Dickson.

Dah lama tak menghadiri mana-mana bengkel sepanjang musim PKP dan cuti belajar. Ni bengkel pertama yang aku join dan berpisah dengan keluarga. Memang berat hati nak ke bengkel, tapi tuntutan kerja. Dan bukan aku sahaja yang kena tinggalkan keluarga, ada juga kawan-kawan yang terpaksa tinggalkan baby. 

Aku datang bengkel ni dengan macam-macam harapan.. 
1. Aku nak tenangkan sikit fikiran yang kusut.. banyak masalah dekat rumah dan office. Aku stress dan depressed. Mungkin salah satu sebab aku dah lama tak bercuti.. jadi kali ni aku nak releasekan sikit tekanan yang ada.. alhamdulillah.. dapatlah juga kurangkan dan ambil mood baru.  Macam kita tekan reset button. 

2. Aku nak relax dan chill dengan kawan-kawan.. Yelah.. semenjak kahwin, masa melepak dengan kawan-kawan sangat kurang. Banyak masa bersama dengan keluarga. Jadi , aku ambil sikit masa ni untuk mengeratkan semula hubungan dengam kawan-kawan.. aku tak ramai kawan di fakulti.. hanya beberapa sahaja.. aku sayang kawan-kawan aku.. cuma.. ramai yang masih single mingle lagi... Dalam gambar antara kawan yang aku paling sayang.. zamir, dan nazri..

Dari kiri: Zamir, nazri , aku
3. Nak enjoy! Ya. Nak enjoy sebab semua ditanggung fakulti.. chalet, makan dan semuanya free! Bukan senang ya nak ada orang sponsor.. maklumlah, aku ni ikan bilis je di fakulti.. siapalah nak layan aku kan.. 

Ni gambar rakan-rakan sekerja di jabatan.
Sebetulnya aku jeles juga dengan pencapaian kawan-kawan aku... semua ada gelaran Dr. dan ada yang dah naik Prof. Madya. Umur lebih kurang aku je.. Alhamdulillah rezeki kawan-kawan... jeles aku bukan aku tak nak diorang lebih berjaya, tapi aku nak berjaya juga macam diorang. Doakan aku ya... 

Siapa yang kenal aku, aku memang seorang yang goal-driven, dan perfectionist. Tapi... menjadi suami dan anak-anak mengajar aku untuk menjadi lebih fleksibel dan redha je dengan apa yang aku lalui.. nanti aku post tentang aku yang tertekan akibat PKP dan keadaan yang against working style aku.

Aku happy sedikitlah balik dari bengkel. Dapat semangat baru... tapi ada benda yang menyebabkan aku risau. Nak tau? Nanti aku kongsikan. (Banyak pulak yang nak kongsi ni)

Tu je lah coretan aku. 

Sekian




No comments: