Monday, March 31, 2014

Rezeki

Rezeki hari ini.

Pagi-pagi pergi menonton filem di wayang cerita Captain America di KLCC. Tiket wayang TGV berharga RM7.00 sekiranya beli sebelum pukul 12.00 tengah hari. Cuma seat limited dari A-E sahaja. Secara ringkas cerita agak menarik cuma plot sedikit mendatar.

Rekod kerja hari ini dapat buat resit RM1k. Alhamdulillah.. Rezeki daripada Allah.

Sekian. Wassalam


Sunday, March 30, 2014

Hati yang berbolak balik

Sudah dua minggu laptop rosak. Jadi masa lebih banyak dihabiskan dengan bermuhasabah diri.

Sejurus tamat* pengajian sarjana, hati memujuk-mujuk untuk segera meninggalkan Kuala Lumpur dan pulang ke kampung untuk berehat sementara menunggu panggilan kerja yang hakiki.

Malangnya, oleh kerana kehidupan dunia yang berlatar belakangkan sistem kapitalis, kemahuan hati terpaksa dikesampingkan. Tuntutan mencari kertas biru, merah, kuning, ungu menjadi keutamaan. Andai ini semua tiada, pasti bergelandanganlah badan ini di tepi-tepi jalan sempit atau di bawah terowong busuk.

Sekarang, jadilah diri ini seperti mesin yang telah diprogramkan. Boleh juga di ibaratkan lembu dicucuk hidung. Terkadang hati menjerit dan meronta untuk keluar dari kepompong kapitalis tapi masih belum cukup kuat untuk melepaskan diri.

Tinggallah hati keseorangan tidak berteman malah tiada lagi saat waktu rehat untuk minda. Bekerja dan terus bekerja. Iman sentiasa menjaga hati supaya sentiasa mensyukuri nikmat Ilahi. Alhamdulillah ada iman.

Semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat.

Sekian. Wassalam.

*belum sempurna pengakhirannya.

Monday, March 17, 2014

Laptop rosak

Sudah 2 hari laptop rosak. Hidup tanpa laptop memang mencabar. Ok. Sekian.

Thursday, March 13, 2014

Mesin Rumput

13/03/2014

Laptop kini sudah bertukar menjadi 'mesin rumput'. Aduhai. Bukan kerana fungsinya, tapi kerana bunyinya.. Semakin hari semakin kuat.. Rasa nak baling ke laut!

Tapi aku masih sayang dengan laptop yang banyak memberi jasa dari 2008 sehinggalah sekarang. Umur dah hampir 6 tahun. 

Hari ni nak pergi lowyat untuk membaiki bahagian yang rosak. 

Sekian. 

Sunday, March 9, 2014

Kapitalis zionis

Bekerja mengikut jadual (pre-template barat/ yahudi/ zionis) menyukarkan pekerja untuk solat berjemaah di masjid/ surau apabila setiap masuk waktu solat. Setiap saat dan minit adalah DUIT. Inilah sistem kapitalis yang diguna pakai oleh kebanyakkan syarikat-syarikat swasta atau kerajaan. Secara tidak langsung, pencarian harta / kerugian/ keuntungan dunia menjadi perkara utama daripada saham akhirat! 

Duit oh duit! 


Itulah nilai dalam pekerjaan. Lebih mudah untuk bekerja sendiri. Masa tidak terikat pada mana-mana sistem zionis/ yahudi/ barat. 

Alahai dunia!

Penat kerja, balik solat dan tidur. 

Sekian. 
#Benci zionis/ yahudi/ barat

Saturday, March 8, 2014

Kerja hari ke-3

07/03/2014

Kerja hari ke-3 bersama head outlet sahaja. Staf lagi seorang off-day. Maka amanlah outlet hari ini. :)

Baru 3 hari kerja, dah mula nak berpolitik dalam outlet. Padahal staf 3 orang je. 2 vs 1.

Ceritanya begini:

Pelakonnya A, B, dan C. A seorang yang berpengalaman dalam kerja. B seorang yang baru dalam kerja. C seorang yang sangat baru dalam kerja. 

Karakter A: Simple tetapi perfectionist, tenang, cakap dengan lemah-lembut, pandai kawal emosi dan sedikit berumur (<40 div="" nbsp="" tahun="">
Karakter B: Goal oriented, sangat sistematik, cakap direct dan kadang-kadang serabut, paling muda (<24 div="" tahun="">
Karakter C: Pendiam, umur pertengahan A dan B.

A tak boleh masuk dengan B. C di tengah-tengah tapi lebih menjurus ke arah A daripada B. C kadang-kadang mengadu dengan A tentang karakter B yang kurang disenangi. Oleh kerana A pun ada sedikit ketidakserasian dengan B, A pun mengalami masalah yang sama. Tetapi A cuba menenangkan C supaya tidak tertekan dengan B yang suka mengarah itu dan ini serta caranya kurang menghormati B yang lebih sedikit berusia.

Oleh kerana A dan C berkongsi masalah yang sama, maka tinggal lah B seorang diri. A dan C lebih suka jika B tiada dan kehadiran B hanyalah seperti 'datang tak dijemput, pulang tak dihalau'. Kasihan oh kasihan.

Moral of the story, adaptasi dengan persekitaran sangatlah penting. Setiap orang ada karakter masing-masing. Apabila kita bekerja, ada karakter kita yang perlu kita kawal supaya orang sekeliling boleh berasa senang dan selesa untuk bekerjasama. Walau sehebat mana pun kita di zaman universiti, pegang jawatan itu dan ini, tapi tak bermakna kita boleh mengarah orang sesuka hati walaupun mempunyai pengalaman yang lebih berbanding orang lain. 

Sekian. 

p/s: Cerita sini habis sini la k! ;)



Friday, March 7, 2014

Kerja hari ke-2

06/03/2014

Hari ke-2 dapat shift pagi. (10.00am - 6pm) 

Pagi-pagi belajar opening dengan head outlet. Semuanya berjalan seperti biasa.  Customer baru tak banyak sangat. Kebanyakkannya regular customers yang sudah biasa deal dengan staff sebelum ni. So aku just observe sahaja. 

Product knowledge? Hmm.. Ada yang masih kosong, ada yang dah ada tapi perlu di improve.. Tapi oleh kerana sudah ada pengalaman bekerja, aku lebih suka untuk bertanya walaupun kadang-kadang dah tahu apa jawapannya. Staf baru takkanlah nak tunjuk pandai kan? Sebabnya berdasarkan pengalaman yang tak seberapa ni, untuk business, cara menerangkan produk kadang-kadang agak tricky sedikit dan tak sepenuhnya evidence based (baca: level of evidence and reliability of the research) untuk jual produk. So sebagai langkah selamat, biarlah aku nampak stupid atau blurr tentang produk. Apa yang penting, pengetahuan produk berdasarkan apa yang mereka nak.  


'Masuk kandang lembu, mengelembu, masuk kandang harimau mengucap..' 

Sales driven? Well, sudah cukup sudah menjadi hamba duit ketika bekerja bersama company lama. The passion or excitement tu dah agak pudar. Tambahan, kerja di sini pun memang tak akan lama. So, just kerja biasa-biasa saja. Buat sales sekadarnya.

Nak kerja lama ke?? Itu soalan hot dari hari pertama bekerja sehingga hari kedua. Bila ditanya, aku cuma jawab tak tahu lagi. huhu... Kesian juga lah pada company dan staf-staf lain sebab kena ajar staf baru itu dan ini tetapi pada akhirnya, aku akan berhenti. (mungkin cuma bekerja 2-3 bulan).

Okey, done for today. Wasalam




Thursday, March 6, 2014

First day kerja

05/03/2014

Hari pertama bekerja sebagai 'Trainee' di sebuah kedai Ubat.


Sekian

Sunday, March 2, 2014

Sorotan 2013 (part 2)

Julai 2013
Permulaan Julai yang menyedihkan apabila kereta dilanggar lari.
Kereta dirobek. Aduhai.. Ada mahluk yang melanggar cermin sisi bahagian pemandu kereta. Bernasib baik kerana kos penggantian bawah RM 100. 

Sudah mula berpuasa di bulan Ramadhan. Balik ke kampung ziarah saudara-mara.

Di SMA Moro Kabupaten Karimun

Dalam perjalanan ke Batam dari kampung. Barang-barang di sana agak murah berpadanan dengan kualiti barang. Dengan kata lain 'Dont expect much if you pay less'

Ogos 2013

Sambutan raya bersama keluarga termasuk anak buah di Johor. Berlaku peristiwa hitam yang tidak dapat dilupakan pada raya ke-3
Pulang ke kampung pada raya ke-6. 

September 2013

Pulang ke KL bagi menyambung tugas-tugas yang tertangguh. Penderitaan emosi dan mental. 
Menjemput rakan-rakan sekuliah untuk datang ke rumah bersempena sambutan raya dan pembukaan semester baru. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar.

 Sesi bersantai di ruang tamu

Oktober 2013

Menerima lawatan kakak dan anak saudara. So, bawa jalan-jalan di KLCC.

Konvokesyen kawan baik, Insp. Arif Fadilah.

November 2013
Kejutan dalam bulan ini. Mak tiba-tiba mengajak pergi ke Taman Negara di Kukup, Pontian, Walaupun ianya ad-hoc, tapi semua berjalan lancar.

 Setelah menaiki bot dari tanah besar, sekarang sudah tiba di taman negara, Tanjung Piai, Kukup, Johor.

 Selfie di Taman Negara 

 Pelabuhan Kukup. Feri untuk ke Tanjung Balai Karimun, Riau, Indonesia. Perjalanan dari Kukup - Karimun dalam 1 jam sahaja. 

Pemandangan di sekitar perkampungan Nelayan, Kukup, Pontian

Disember 2013

Aktiviti membuat research di saat-saat akhir. Ulang-alik ke HKL, Fakulti UKM dan rumah.

 Di Fakulti UKM KL bersama Kak Syikin. Mendapat hadiah gula-gula tongkat bersama loceng doraemon daripada John Kong Pei Pei bersempena perayaan Hari Natal.

Menonton wayang di Wangsa Walk.

End of the year 2013. 

Welcoming 2014. Mudah-mudahan tahun 2014 lebih baik dan bermakna daripada 2013.