Saturday, March 8, 2014

Kerja hari ke-3

07/03/2014

Kerja hari ke-3 bersama head outlet sahaja. Staf lagi seorang off-day. Maka amanlah outlet hari ini. :)

Baru 3 hari kerja, dah mula nak berpolitik dalam outlet. Padahal staf 3 orang je. 2 vs 1.

Ceritanya begini:

Pelakonnya A, B, dan C. A seorang yang berpengalaman dalam kerja. B seorang yang baru dalam kerja. C seorang yang sangat baru dalam kerja. 

Karakter A: Simple tetapi perfectionist, tenang, cakap dengan lemah-lembut, pandai kawal emosi dan sedikit berumur (<40 div="" nbsp="" tahun="">
Karakter B: Goal oriented, sangat sistematik, cakap direct dan kadang-kadang serabut, paling muda (<24 div="" tahun="">
Karakter C: Pendiam, umur pertengahan A dan B.

A tak boleh masuk dengan B. C di tengah-tengah tapi lebih menjurus ke arah A daripada B. C kadang-kadang mengadu dengan A tentang karakter B yang kurang disenangi. Oleh kerana A pun ada sedikit ketidakserasian dengan B, A pun mengalami masalah yang sama. Tetapi A cuba menenangkan C supaya tidak tertekan dengan B yang suka mengarah itu dan ini serta caranya kurang menghormati B yang lebih sedikit berusia.

Oleh kerana A dan C berkongsi masalah yang sama, maka tinggal lah B seorang diri. A dan C lebih suka jika B tiada dan kehadiran B hanyalah seperti 'datang tak dijemput, pulang tak dihalau'. Kasihan oh kasihan.

Moral of the story, adaptasi dengan persekitaran sangatlah penting. Setiap orang ada karakter masing-masing. Apabila kita bekerja, ada karakter kita yang perlu kita kawal supaya orang sekeliling boleh berasa senang dan selesa untuk bekerjasama. Walau sehebat mana pun kita di zaman universiti, pegang jawatan itu dan ini, tapi tak bermakna kita boleh mengarah orang sesuka hati walaupun mempunyai pengalaman yang lebih berbanding orang lain. 

Sekian. 

p/s: Cerita sini habis sini la k! ;)



No comments: