Sunday, March 2, 2014

Sorotan 2013 (part 2)

Julai 2013
Permulaan Julai yang menyedihkan apabila kereta dilanggar lari.
Kereta dirobek. Aduhai.. Ada mahluk yang melanggar cermin sisi bahagian pemandu kereta. Bernasib baik kerana kos penggantian bawah RM 100. 

Sudah mula berpuasa di bulan Ramadhan. Balik ke kampung ziarah saudara-mara.

Di SMA Moro Kabupaten Karimun

Dalam perjalanan ke Batam dari kampung. Barang-barang di sana agak murah berpadanan dengan kualiti barang. Dengan kata lain 'Dont expect much if you pay less'

Ogos 2013

Sambutan raya bersama keluarga termasuk anak buah di Johor. Berlaku peristiwa hitam yang tidak dapat dilupakan pada raya ke-3
Pulang ke kampung pada raya ke-6. 

September 2013

Pulang ke KL bagi menyambung tugas-tugas yang tertangguh. Penderitaan emosi dan mental. 
Menjemput rakan-rakan sekuliah untuk datang ke rumah bersempena sambutan raya dan pembukaan semester baru. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar.

 Sesi bersantai di ruang tamu

Oktober 2013

Menerima lawatan kakak dan anak saudara. So, bawa jalan-jalan di KLCC.

Konvokesyen kawan baik, Insp. Arif Fadilah.

November 2013
Kejutan dalam bulan ini. Mak tiba-tiba mengajak pergi ke Taman Negara di Kukup, Pontian, Walaupun ianya ad-hoc, tapi semua berjalan lancar.

 Setelah menaiki bot dari tanah besar, sekarang sudah tiba di taman negara, Tanjung Piai, Kukup, Johor.

 Selfie di Taman Negara 

 Pelabuhan Kukup. Feri untuk ke Tanjung Balai Karimun, Riau, Indonesia. Perjalanan dari Kukup - Karimun dalam 1 jam sahaja. 

Pemandangan di sekitar perkampungan Nelayan, Kukup, Pontian

Disember 2013

Aktiviti membuat research di saat-saat akhir. Ulang-alik ke HKL, Fakulti UKM dan rumah.

 Di Fakulti UKM KL bersama Kak Syikin. Mendapat hadiah gula-gula tongkat bersama loceng doraemon daripada John Kong Pei Pei bersempena perayaan Hari Natal.

Menonton wayang di Wangsa Walk.

End of the year 2013. 

Welcoming 2014. Mudah-mudahan tahun 2014 lebih baik dan bermakna daripada 2013.













No comments: