Sunday, March 30, 2014

Hati yang berbolak balik

Sudah dua minggu laptop rosak. Jadi masa lebih banyak dihabiskan dengan bermuhasabah diri.

Sejurus tamat* pengajian sarjana, hati memujuk-mujuk untuk segera meninggalkan Kuala Lumpur dan pulang ke kampung untuk berehat sementara menunggu panggilan kerja yang hakiki.

Malangnya, oleh kerana kehidupan dunia yang berlatar belakangkan sistem kapitalis, kemahuan hati terpaksa dikesampingkan. Tuntutan mencari kertas biru, merah, kuning, ungu menjadi keutamaan. Andai ini semua tiada, pasti bergelandanganlah badan ini di tepi-tepi jalan sempit atau di bawah terowong busuk.

Sekarang, jadilah diri ini seperti mesin yang telah diprogramkan. Boleh juga di ibaratkan lembu dicucuk hidung. Terkadang hati menjerit dan meronta untuk keluar dari kepompong kapitalis tapi masih belum cukup kuat untuk melepaskan diri.

Tinggallah hati keseorangan tidak berteman malah tiada lagi saat waktu rehat untuk minda. Bekerja dan terus bekerja. Iman sentiasa menjaga hati supaya sentiasa mensyukuri nikmat Ilahi. Alhamdulillah ada iman.

Semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat.

Sekian. Wassalam.

*belum sempurna pengakhirannya.

No comments: