Friday, July 22, 2011

Entri summary

Ok.. ini entri summary untuk minggu ini..

Alhamdullillah.. minggu ini merupakan minggu yang mencabar, penuh emosi, best dan seronok.. Fokus untuk mencari kerja ternyata membuahkan hasil.. Syukur sangat2!..

FYI, aku mencari kerja (secara online) start dari hari Rabu sehingga Khamis (~ 48 jam).. Ada yang di luar kawasan kampung dan ada yang di kota besar.. Kerja yang dicari tidak terikat pada kos yang aku pelajari. Tetapi lebih kepada kerja yang aku rasa mencabar, sesuai dengan kelebihan dan karakter, tawaran gaji >RM2000 (demanding), berhampiran dengan rumah (1 jam perjalanan masih di consider hampir) dan memenuhi syarat-syarat kelayakan..

Total kerja yang aku apply lebih daripada 10 companies (tak dapat nak quantify the exact number). Dan out of 10 tu, Aku dapat 4 tawaran untuk temuduga.. Syukur sangat-sangat.. Walaubagaimanapun, oleh kerana aku tidak berada di Malaysia dari hari Sabtu sehingga Isnin, maka 3 tawaran terpaksa aku tolak sebab interview dijalankan pada hari Isnin (1 di Perak, 1 di Selangor, 1 di Johor).. 1 lagi tawaran ditolak sebab berkaitan industri automotif (erkkk....! aku memang tak berminat ok).

Setiap hari kita, ada pasang dan surutnya.. Aku pun melalui situasi itu. Kadang-kadang aku give up dan kadang-kadang semangat melampau-lampau.. But, that is LIFE in REALITY (merujuk pada status quo). Apa yang aku belajar ialah life is a rival. Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. My life story maybe different with you all. Cuma, I learnt a lot from the hardship seperti Kino (watak dalam novel The Pearl) hehe..

Ok la.. Selamat bercuti uollss! I melancong dulu ye.

p/s: Actually, aku share this story because nak bagi tahu kawan-kawan yang masih belum ada kerjaya yang actually kat luar sana, banyak kerja yang tersedia (thumbs up).

Memancing: berapakah?

2 kaedah 'memancing' yang berbeza.

Kaedah 1
Pilih satu joran dan 'satu hot spot' yang mempunyai potensi untuk mendapat 'ikan'. Dan pancing disitu. Gunakan cara yang terbaik untuk 'memancing'. Fokus 100 peratus. Berapakah kebarangkalian untuk dapat 'ikan'?

Kaedah 2
Pilih banyak joran dan 'banyak hot spot' atau mana-mana kawasan yang kemungkinan ada 'ikan'. Pancing disitu. Mungkin tak dapat fokus sepenuhnya pada semua joran. Cara memancing adalah sama di setiap kawasan. Berapakah kebarangkalian untuk dapat 'ikan'?

Mari 'memancing'! Aku dapat satu 'ikan' semalam.. hehe

p/s: perkataan yang di italic mempunyai makna yang tersirat. Kalian mengerti?

Tuesday, July 19, 2011

Disconnected


Tidak berminat!
Hopeless...
Mahu berehat lagi
Berhenti bersosial
Disconnected!

-END-

Monday, July 18, 2011

Job Hunting 2011

16 Julai 2011 hingga sekarang - Pemburu kerja sepenuh masa

Setelah 2-3 bulan berehat dirumah (ibarat menanti buah yang tak gugur), minggu ini bermulalah proses mencari kerja. Resume dikemas-kini (update) dengan CGPA terbaru (mengikut final academic transkrip). Usaha pencarian dilipat-gandakan dan tidak lagi terbatas pada sesuatu scope pekerjaan sahaja.

Suka untuk berkongsi motto terbaru Julai ini

"Minat diketepikan, duit diutamakan"
hahaha!

Alhamdullillah.. Allah sentiasa membantu setiap hamba-hamba-Nya.. Banyak ruang dan peluang telah ditunjukkan.. Tawaran untuk membuat business, menjadi agen insurans, dietitian, nutritionist dan sehinggalah ke bahagian automotif, semuanya ADA!.. (malangnya bahagian akademik tak ada... huhuhu)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya dihari kiamat kelak ia akan berjumpa Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam"
Riwayat At-Tabarani

p/s: Selamat menyambut Bulan Ramadhan!

Tuesday, July 12, 2011

I have decided!!

Setelah berbulan-bulan (bulan madu) menunggu jawapan dari company XXX dan YYY, whereby I'm expecting to be called-for-duty or at least be informed about my status either accepted or not within these few months (April to June) after the interview, I finally decided to stop waiting!.

Monday, July 11, 2011

Food testing - curry noodles

Setelah bebarapa tahun atau bulan tidak masuk ke dapur untuk memasak,, hari ini pecah rekod. Seingat aku, last time masak ialah waktu final exam therapeutic diet (haha.. tapi aku tak sure if menu aku pada waktu itu boleh di consider 'memasak'). Untuk mencuba kebolehan memasak curry noodles (dalam bahasa melayu - Mi kari), aku telah membuat food testing supaya program demo cooking Khamis ini berjalan dengan lancar (maksudnya, rasa yang acceptable, presentation yang attractive dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan..) So, entri kali ini berkisarkan cerita,

'Bila lelaki (as dietitian) masuk dapur'..


Sunday, July 10, 2011

Dunia hanya pinjaman..

Mari dengar dan hayati setiap bait-bait lirik lagu ini.. Sila simpan (download) dalam komputer anda.



p/s: Tatkala aku memikirkan soal kerja, duit dan keluarga..

Thursday, July 7, 2011

Dah ada..

Dulu hanya dalam perancangan, kemudian ditransfer dalam bentuk dokumen.. sesudah itu dihantar ke kedai untuk dicetak. Dan sekarang sudah di depan mata! Boleh dipegang dan dibelek. hehe.. Kerja ini memerlukan daya creativiti, kemahiran menggunakan software grafik (asas pun dah cukup), dan semestinya memerlukan DUIT!..

Wednesday, July 6, 2011

Bila nak kerja? Work?

Soalan selepas tamat belajar (April hingga sekarang...)

Bila nak kerja??

Erm... soalan sangat simple kan? Tapi bila nak jawab.. lebih 1 peranggan nak hurai status pekerjaan.. Kadang-kadang aku berikan jawapan yang berbeza-beza.. mungkin pada May aku jawab A, Jun pula aku jawab B.. July? tak tahu lagi.. Apa yang pasti, tiada skema jawapan yang betul-betul pasti selagi tak bekerja.. kan? (refer to NEET diluar sana)

Monday, July 4, 2011

Bebas - Freedom


Lihat burung di dalam sangkar... tiada bebas
Lihat burung di langit tinggi... itu bebas
Ada beza? ADA

Sunday, July 3, 2011

Cemburu (Jealousy)


Sejak dari zaman sekolah sehinggalah ke alam pekerjaan, sifat cemburu antara kawan-kawan memang ada terutamanya terhadap kejayaan kawan-kawan. Contohnya, ketika di alam belajar seperti di institut pengajian tinggi, ada kawan yang cemburu apabila kawannya mendapat pointer tinggi atau perform well di dalam kelas. Sesudah itu, bila sudah grad, perasaan cemburu masih ada pada kawan-kawan yang telah mendapat tawaran kerja awal.