16 Julai 2011 hingga sekarang - Pemburu kerja sepenuh masa
Setelah 2-3 bulan berehat dirumah (ibarat menanti buah yang tak gugur), minggu ini bermulalah proses mencari kerja. Resume dikemas-kini (update) dengan CGPA terbaru (mengikut final academic transkrip). Usaha pencarian dilipat-gandakan dan tidak lagi terbatas pada sesuatu scope pekerjaan sahaja.
Suka untuk berkongsi motto terbaru Julai ini
"Minat diketepikan, duit diutamakan"
hahaha!
Alhamdullillah.. Allah sentiasa membantu setiap hamba-hamba-Nya.. Banyak ruang dan peluang telah ditunjukkan.. Tawaran untuk membuat business, menjadi agen insurans, dietitian, nutritionist dan sehinggalah ke bahagian automotif, semuanya ADA!.. (malangnya bahagian akademik tak ada... huhuhu)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya dihari kiamat kelak ia akan berjumpa Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam"Riwayat At-Tabarani
p/s: Selamat menyambut Bulan Ramadhan!
4 comments:
all da best... berhati2 semasa memburu,huhu...
to I (tak nak guna nama tok janggut):
Thanks.. Selamat bekerja!
selamat memburu~haha~
to 9:
Tqvm!
Post a Comment