Sejak dari zaman sekolah sehinggalah ke alam pekerjaan, sifat cemburu antara kawan-kawan memang ada terutamanya terhadap kejayaan kawan-kawan. Contohnya, ketika di alam belajar seperti di institut pengajian tinggi, ada kawan yang cemburu apabila kawannya mendapat pointer tinggi atau perform well di dalam kelas. Sesudah itu, bila sudah grad, perasaan cemburu masih ada pada kawan-kawan yang telah mendapat tawaran kerja awal.
Salahkah kita ada perasaan cemburu? Pada pendapat aku, ada 2 kemungkinan. Pertama, apabila cemburu itu mendorong kita untuk turut bersama-sama berusaha agar lebih berjaya dan dalam masa yang sama menghargai dan mendoakan kawan kita yang telah berjaya. Kedua, cemburu yang disusuli dengan perasaan hasad dengki dan ingin menjatuhkan kawan-kawannya dengan pelbagai cara antaranya mengumpat, mengata dan memburuk-burukkan.
Memetik kata-kata Prof.Dr.Muhaya,
"Orang yang hebat akan menjadikan orang lain hebat. Orang yang tahu menghargai, akan menghargai orang lain"
Cemburu yang pertama itu ada baiknya kerana ianya akan menjadikan diri kita lebih baik. Untuk cemburu yang kedua pula, kawan-kawan yang mempunyai sifat ini adalah sangat bahaya! Sekiranya kita tidak berhati-hati, habis maruah dan keburukan kita dicanang ke seluruh dunia. Hatta kebaikan kita pun akan diceritakan dengan konotasi yang negatif. Mungkin kerana individu yang mempunyai sifat ini sudah terbiasa 'berada di atas' dan tidak suka pada kejayaan orang lain yang akan menjadikan dirinya hilang di overshadow..
Hakikatnya, manusia sentiasa diberi pilihan.. samada untuk menjadi baik atau sebaliknya. Cuma, pesanan aku kepada diri sendiri dan rakan-rakan... Sekiranya ada perasaan cemburu yang kedua itu, berubahlah!
"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga"
Janganlah kelak kita dihina dan ditinggalkan kawan oleh kerana sifat cemburu yang busuk! mungkin juga akan digelar 'mulut longkang', 'virus', atau macam-macam gelaran negatif lagi.. Nauzubillah..!
Hakikatnya, manusia sentiasa diberi pilihan.. samada untuk menjadi baik atau sebaliknya. Cuma, pesanan aku kepada diri sendiri dan rakan-rakan... Sekiranya ada perasaan cemburu yang kedua itu, berubahlah!
"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga"
Janganlah kelak kita dihina dan ditinggalkan kawan oleh kerana sifat cemburu yang busuk! mungkin juga akan digelar 'mulut longkang', 'virus', atau macam-macam gelaran negatif lagi.. Nauzubillah..!
p/s: Aku punya kawan-kawan seperti ini.. harap mereka sedar dan insaf dengan perbuatan busuk itu! Sesiapa yang terbaca dan terasa, aku minta maaf. Tidak terniat untuk menghina sesiapa, cuma berpesan-pesan ke arah kebaikan..
6 comments:
entry yg menarik... ringkas dan padat,sesuai mewakili suara2 mereka yg tidak mempunyai blog...
to tok janggut:
mudah-mudahan semua mendapat manfaat..
yang tidak punya blog, teruskan mengomen.. haha
cemburu ke arah kebaikan tak mengapa, memotivasikan diri untuk berusaha sehabis baik. kalau pernah mencemburui apa yg org lain dpt, kelak apabila kita pula mendapatnya jangan menjadi sombong pulak ye!
Manusia, rambut sama hitam (khas utk org2 Asian tulen). Tapi tak semuanya berambut lurus. Ada yg kerinting, ikal mayang etc. Sabar ya.
p/s: Ehem ehem, penuh jadual tuan. Bagus2!
9: waahaa~dah tukar layout..nice~hehe..
chukaheyo~gambatte ~hwaiting~
to Kak Nadirah:
Yup... cemburu biar bertempat.. tapi jgn sesekali kita lupa diri.. =)
to 3p4h:
haha.. like ur respon.. sungguh simbolik.. haha.. =D
p/s: Manusia merancang, Allah menentukan..
to 9:
Tukar taste.. colour of life.. =)
Post a Comment