Monday, March 18, 2013

Obesicm

Ni istilah yang aku buat mase jadi student undergrad. Masih lagi teringat entri sebelum ini (klik Obesicm). Masa dulu, sering sahaja berbincang dan berkongsi pendapat dengan En.E tentang masalah ni. Bukan nak mengata atau mengumpat, tapi aku sangat KESIAN/ GERAM/ MARAH melihat mereka.

KESIAN
Melihat mereka yang berlebihan berat badan tapi berusaha untuk menurunkan berat badan. Orang ini aku doakan semoga diberikan kekuatan dalaman untuk terus istiqamah dalam usaha nya..

GERAM
Melihat orang yang berlebihan berat ini makan tak hengatttt dunia! Makan-makan dan terus makan. Tak ada kesedaran sivik langsung!

MARAH
Melihat mereka yang TAHU tentang pengurusan berat badan, tapi gagal/tak dapat mengawal nafsu makan dan sengaja tak berusaha untuk menurunkan berat badan. Ada ilmu tapi tak amal.

Bukan lah nak mengutuk atau mengeji, tapi mengenangkan kesan buruk terhadap kesihatan, menjadikan aku sedikit emo terhadap orang-orang golongan ini. Antara kesan berlebihan berat badan termasuklah meningkatkan risiko untuk mendapat:

 i. Kencing manis
ii. Sakit Jantung
iii. Darah tinggi

Sekarang, aku berkongsi kemarahan. kekesianan, dan kegeraman bersama-sama rakan-rakan sekelas yang sependapat dengan aku. :)

Say no to OBESE!



No comments: