Tuesday, December 30, 2014
Sarang labah-labah
Sarang labah-labah? Itulah gambaran keadaan blog ini. Bersawang setelah berkurun lamanya ditinggalkan sepi, sunyi tanpa berita. Kendatipun, ketiadaan entri selama beberapa purnama tidaklah bererti penulis telah 'mati'. Cuma mengambil masa untuk menarik nafas sedalamnya setelah penat mengharung badai dan beliung yang melanda kencang.
Dengan harapan 2015, semoga penulis (baca: Kembara Pulau) dapat melalui usia yang berbaki ini dengan penuh bermakna.. Ameen
Saturday, April 12, 2014
Tak dapat tidur
Tak dapat tidur. Memikirkan masalah.
Menjadi manusia yang bertanggungjawab perlu kekuatan hati, nurani dan mental. Tersepit antara dua.
Walau apapun yang terjadi, keluarga diutamakan.
Innallaha ma'ana....
Sekian.
Friday, April 11, 2014
Tuesday, April 8, 2014
Semakin tua
Rasanya sudah semakin tua fizikal ini. Kelihatan kulit kulit yang sudah matang. Ermm.. entri yang metroseksual.
Bentuk muka pun sudah tidak sesegar dulu. Walaupun masa pantaa berlalu, banyak lagi yang belum tercapai. Tanggungjawab terhadap keluarga belum selesai malah masih jauh lagi. Mudahan Allah memberikan kemudahan untuk aku dan keluarga.
Berkorban demi agama dan keluarga.
Sekian
Wasalam
Ujian demi Ujian
PadaMu ku berserah ....
Sekian
Ws
Sunday, April 6, 2014
Envy
Melihat kejayaan orang lain menyebabkan terkadang diri sendiri cemburu dengan mereka. Cemburu untuk lebih berjaya. Cemburu untuk menjadi lebih kaya.
"Bersyukurlah dengan apa yang ada wahai diri..."
Sekian.
Thursday, April 3, 2014
Snap out
Terjaga dari mimpi, tersentap dari lamunan.
I was born to be different and I am different. It is very dissapointing and a waste of time for the past few days. Day dreaming.
But after all, sometimes is good to step out from the real life. My Life is not that easy though people always thought otherwise.
Now I am back.
Thanks Allah.
Wsalam
Settle down
Terpesona dengan lagu-lagu dari Indonesia. Tambahan darah Indonesia yang mengalir dalam tubuh menambahkan lagi keghairahan untuk 'settle down' di sana. Kota Jakarta mungkin.
Mengapa? Tiada jawapan.
Hati sentiasa tertanya-tanya mengapa perlu aku ke sana?
Sekian.
Ws
Monday, March 31, 2014
Rezeki
Pagi-pagi pergi menonton filem di wayang cerita Captain America di KLCC. Tiket wayang TGV berharga RM7.00 sekiranya beli sebelum pukul 12.00 tengah hari. Cuma seat limited dari A-E sahaja. Secara ringkas cerita agak menarik cuma plot sedikit mendatar.
Rekod kerja hari ini dapat buat resit RM1k. Alhamdulillah.. Rezeki daripada Allah.
Sekian. Wassalam
Sunday, March 30, 2014
Hati yang berbolak balik
Sudah dua minggu laptop rosak. Jadi masa lebih banyak dihabiskan dengan bermuhasabah diri.
Sejurus tamat* pengajian sarjana, hati memujuk-mujuk untuk segera meninggalkan Kuala Lumpur dan pulang ke kampung untuk berehat sementara menunggu panggilan kerja yang hakiki.
Malangnya, oleh kerana kehidupan dunia yang berlatar belakangkan sistem kapitalis, kemahuan hati terpaksa dikesampingkan. Tuntutan mencari kertas biru, merah, kuning, ungu menjadi keutamaan. Andai ini semua tiada, pasti bergelandanganlah badan ini di tepi-tepi jalan sempit atau di bawah terowong busuk.
Sekarang, jadilah diri ini seperti mesin yang telah diprogramkan. Boleh juga di ibaratkan lembu dicucuk hidung. Terkadang hati menjerit dan meronta untuk keluar dari kepompong kapitalis tapi masih belum cukup kuat untuk melepaskan diri.
Tinggallah hati keseorangan tidak berteman malah tiada lagi saat waktu rehat untuk minda. Bekerja dan terus bekerja. Iman sentiasa menjaga hati supaya sentiasa mensyukuri nikmat Ilahi. Alhamdulillah ada iman.
Semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat.
Sekian. Wassalam.
*belum sempurna pengakhirannya.
Monday, March 17, 2014
Thursday, March 13, 2014
Mesin Rumput
Sunday, March 9, 2014
Kapitalis zionis
Saturday, March 8, 2014
Kerja hari ke-3
Friday, March 7, 2014
Kerja hari ke-2
Thursday, March 6, 2014
Sunday, March 2, 2014
Sorotan 2013 (part 2)
Thursday, February 27, 2014
Sorotan 2013 (Part 1)
Monday, February 24, 2014
Direct translation part 1
Berikut adalah direct translation daripada bahasa Indonesia ke bahasa Inggeris.