Thursday, June 30, 2022

It's OK.. tapi saya ingat...

 Tajuk posting merujuk kepada post saya di FB... 

Sekadar nak meluahkan perasaan sahaja.. 

Dalam profession saya, ada keadaan yang kadang-kadang membuatkan saya terasa dan inferior. Orang yang cemerlang, perform memang akan disukai ramai.. malah diangkat-angkat... 

Tapi bagi yang biasa-biasa, memang tidak dilayan sangat... walaupun sejenis kawan baik. Tu yang membuatkan saya terasa hati sangat. Sebab saya kawan je dengan semua orang, maksudnya buat baik pada yang atas atau yang bawah. Tapi ada la juga kawan baik, yang bila dah ada group yang selevel kayangan, hebat, maju kehadapan... kawan yang lain, dibiarkan je (saya la tu). 

Begitulah resmi profession ni... kita hadap je lah. 


Gambar hiasan



AZCD 


Sunday, June 19, 2022

Unfit

Unfit.. itulah keadaan yang selalu membuatkan saya tertekan. Saya dikelilingi kawan-kawan yang amat hebat.  Rezeki saya Allah kurniakan kawan-kawan hebat. Menjadi inspirasi kepada saya untuk lebih berjaya. 

Tapi, dalam masa yang sama, saya amat tertekan. Saya depression. Saya sangat rasakan saya tidak lagi fit dalam dunia pekerjaan saya. Saya bukanlah orang yang berjaya, banyak kejayaaan. Ditempat kerja, siapa yang hebat, akan dihormati, disanjungi dan dikasihi. Siapa yang biasa sahaja, maka tiada tempat dan tiada layanan. 

Kadang-kadang saya perasan ada yang berkawan sebab orang itu hebat. Ada jawatan, dan pangkat. Yang tiada, ibarat melukut ditepi gantang. Sedihkan? 

Itulah hakikatnya dalam pekerjaan saya. Mungkin kerana saya dikelilingi orang-orang hebat, sebab itu saya menjadi tertekan. Hanya Allah yang tahu.. Pesanan untuk diri saya...

Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk mengharungi segalanya. 

😔

Monday, June 13, 2022

Blank

Setelah berminggu-minggu fokus menghadap komputer untuk buat video editing, akhirnya siap juga untuk part 1. 

Penat memang tak terkata. Video editing is a long process, and it needs your creativity and skills to produce a good video, for my level as beginner. 

Hari ini tiba-tiba saya blank menghadap laptop, lost tak tahu nak buat apa. Walaupun sebenarnya banyak lagi benda nak disiapkan. Rasanya last time rasa macam ni masa buat dgree. Oleh kerana banyak sangat benda nak kena settle, otak jadi blank. Kerja non-stop and pressure!. 

Harap-harap saya dapatlah habiskan PhD dengan jayanya. Hari ni rasa semangat sedikit nak teruskan perjuangan sebab ada seorang student panggil saya Dr. (walaupun diorang tahu yang saya belum ada PhD). ALLAH kirimkan sesuatu untuk memotivasikan saya. Alhamdulillah.  

Semoga saya terus kuat!

Wednesday, June 8, 2022

Internalize

 Internalize atau muhasabah diri memang penting pada semua orang. 

Apa yang saya lalui setelah saya naik kerja, banyak mengajar saya.. 

1. Saya kehilangan kakak angkat atau sahabat karib sekerja saya, Kak Norimah Said. Beliau banyak membantu saya dari segi kerja malah kehidupan peribadi saya. Pada saya, beliaulah tempat saya mengadu, berkongsi kegembiraan dan kesedihan. Banyak nasihat dari beliau yang masih terngiang-ngiang di ingatan saya. Saya struggle juga apabila tinggal sendiri di fakulti (maksudnya tiada teman rapat).

2. Saya struggle nak mengimbangkan antara kehidupan keluarga, kerja dan belajar. Banyak benda baru di tempat kerja seperti sistem kerja yang berubah, subjek mengajar yang baru dan banyak lagi. 

3. Saya cuba nak cari pengganti kepada kakak angkat saya. Cuba untuk rapat dengan bebarapa orang kawan, tapi malangnya tiada yang sama... Walaupun orang kata, patah tumbuh hilang berganti, tapi tiada untuk saya. Banyak rakan sekerja yang hanya fokus pada hubungan atas dasar kerja. Ada yang kata, kawan ni ada yang kita baik dengan dia, tapi tak semestinya kita selesa kan? Kalau selesa, kita lebih suka nak spend masa, dan bercerita tentang apa pun selagi tidak memburukkan sesiapa. 

4. Setelah beberapa bulan, alhamdulillah.. saya sedar yang sekarang saya perlu bersendiri di tempat kerja, tiada lagi sesiapa yang boleh saya berkongsi seperti dulu. 

Inshaallah, semoga saya terus kuat!

Monday, June 6, 2022

1st mini reunion peers 6.6.2022

Short posting

Mini reunion group peers. Tak ramai, just 3 of us, but we spent quality time together, reminscing the good old days and future undertakings. 

Me, Husaini (lawyer), haziq (architect)

Me

Hope ukhuwah remain forever. 

آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ 

Friday, June 3, 2022

Rajuk

Post ni sekadar meluahkan perasaan sahaja. 

Secara prinsipnya, saya percaya kita buat baik pada sesiapa sahaja bukan sebab kita nak balasan yang sama dari orang tersebut. Tapi sebab kita sayang sesama manusia.. 

Lebih-lebih lagi pada sahabat yang kita anggap sebagai kawan baik kita. Saya ada beberapa kawan yang saya anggap rapat dan baik pada saya. Saya sayang kawan-kawan saya. Kalau boleh setiap hari saya bertanya khabar  supaya saya menghargai masa yang ada selagi masih bernyawa. Cukup sekali saya menyesal sebab kehilangan kawan atau kakak angkat saya secara mengejut. Ralat sungguh perasaan sebab tak selalu berhubung dan bertanya khabar. Alasannya, sebab masing-masing sibuk dengan hal dunia sehinggakan saya terlupa untuk menghargai setiap nyawa yang dekat di hati saya. 

Tapi saya cuma manusia biasa. Ada kalanya saya kecewa atau kadang-kadang rasa tak dihargai... apabila setiap mesej saya tidak dijawab malah dibiarkan tergantung. Sedangkan status online. Barangkali sibuk mungkin sahabat saya ini. Jika sekali dua, boleh saya terima. Malangnya, setiap kali begitu. Dan saya perasan mesej saya di mutekan bahkan dimasukkan dalam archive. Sentap juga rasanya.. 


Memang benar kata orang, walaupun kita sayang seseorang tu, tak semestinya orang itu akan sayang dan hargai kita. Saya belajar sesuatu dari hal ini. Kita mungkin bukan sesiapa di mata orang, apatah lagi dianggap sebagai sahabat... 


Saya rasa ada perlunya hubungan sahabat itu saling memberi. Bukan hanya sebelah pihak sahaja yang menghargai. 

Luahan perasaan.

😁

Thursday, June 2, 2022

Bengkel Penulisan Fakulti

30,31 May - 1 Jun 2022

Fakulti dibawah pejabat penyelidikan dan inovasi telah menganjurkan bengkel penulisan untuk semua staf dari beberapa pusat pengajian di fakulti. 

Oleh kerana program ni wajib, jadi aku pun bermusafir 3 hari 2 malam di Avillion Port Dickson.

Dah lama tak menghadiri mana-mana bengkel sepanjang musim PKP dan cuti belajar. Ni bengkel pertama yang aku join dan berpisah dengan keluarga. Memang berat hati nak ke bengkel, tapi tuntutan kerja. Dan bukan aku sahaja yang kena tinggalkan keluarga, ada juga kawan-kawan yang terpaksa tinggalkan baby. 

Aku datang bengkel ni dengan macam-macam harapan.. 
1. Aku nak tenangkan sikit fikiran yang kusut.. banyak masalah dekat rumah dan office. Aku stress dan depressed. Mungkin salah satu sebab aku dah lama tak bercuti.. jadi kali ni aku nak releasekan sikit tekanan yang ada.. alhamdulillah.. dapatlah juga kurangkan dan ambil mood baru.  Macam kita tekan reset button. 

2. Aku nak relax dan chill dengan kawan-kawan.. Yelah.. semenjak kahwin, masa melepak dengan kawan-kawan sangat kurang. Banyak masa bersama dengan keluarga. Jadi , aku ambil sikit masa ni untuk mengeratkan semula hubungan dengam kawan-kawan.. aku tak ramai kawan di fakulti.. hanya beberapa sahaja.. aku sayang kawan-kawan aku.. cuma.. ramai yang masih single mingle lagi... Dalam gambar antara kawan yang aku paling sayang.. zamir, dan nazri..

Dari kiri: Zamir, nazri , aku
3. Nak enjoy! Ya. Nak enjoy sebab semua ditanggung fakulti.. chalet, makan dan semuanya free! Bukan senang ya nak ada orang sponsor.. maklumlah, aku ni ikan bilis je di fakulti.. siapalah nak layan aku kan.. 

Ni gambar rakan-rakan sekerja di jabatan.
Sebetulnya aku jeles juga dengan pencapaian kawan-kawan aku... semua ada gelaran Dr. dan ada yang dah naik Prof. Madya. Umur lebih kurang aku je.. Alhamdulillah rezeki kawan-kawan... jeles aku bukan aku tak nak diorang lebih berjaya, tapi aku nak berjaya juga macam diorang. Doakan aku ya... 

Siapa yang kenal aku, aku memang seorang yang goal-driven, dan perfectionist. Tapi... menjadi suami dan anak-anak mengajar aku untuk menjadi lebih fleksibel dan redha je dengan apa yang aku lalui.. nanti aku post tentang aku yang tertekan akibat PKP dan keadaan yang against working style aku.

Aku happy sedikitlah balik dari bengkel. Dapat semangat baru... tapi ada benda yang menyebabkan aku risau. Nak tau? Nanti aku kongsikan. (Banyak pulak yang nak kongsi ni)

Tu je lah coretan aku. 

Sekian